Tak Pro Lah Kalau Tak Tahu Trick Gunakan Microsoft Presentation Ni
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Tak Pro Lah Kalau Tak Tahu Trick Gunakan Microsoft Presentation Ni

post by Aisya

by Aisya

Apr 25, 2017
pada 10:25 AM

"Alahai, hujung bulan ni mesti bos nak suruh bentangkan work performance semua. Kalau bulan lepas dah turn officemate lain mesti kali ni kena buat pula. Macam mana ni?" Haa, bila bos dah minta baru nak tercari-cari jalan nak siapkan kerja kan? Lagi susah bila korang bukannya expert sangat bab gunakan Microsoft Presentation ni tapi hati berkobar-kobar nak beat officemate lain yang power. Jadi macam mana ni?

Okay korang boleh ikut 5 tips & tricks menggunakan Microsoft Presentation ni agar slides korang lebih cool dan gempak dari lain. Tak ada lagi slideshow yang bosan warna putih je dengan penuh bullet point sampai lah ke slide yang terakhir. Bila korang dah mahir ni jangan kedekut kongsi dengan kawan tau.

1. Mulakan presentation serta merta tanpa perlu klik mana-mana butang

Selalu kan bila nak mulakan presentation gelabah suruh seorang lagi kawan stanby tepi laptop untuk nak tekan 'START SLIDESHOW' je. Okay ada trick berguna di sini yang tak ramai tahu, jadi korang ni kira terawal lah tahu. Kalau nak file presentation korang tu automatik play sendiri, namakan file tersebut dengan tambah ".PPS" atau ".PPSX. Ianya bererti PowerPoint Show, jadi bila dah double-click akan terus terpasang slideshow. Mudah kan?

 

2. Ada gunakan butang "W" dan "B" sewaktu presentation

 

Slides ni adakah pertolongan untuk korang nak jelaskan apa info yang nak disampaikan, bukannya sebagai sesuatu yang menganggu pembentangan korang. Ada masanya korang nak slides korang tu terus blackout sebab nak penonton fokus pada diri korang, betul tak? Kalau korang tengah explain dan orang lain baca slides korang dekat belakang rasa macam tak best kan? Okay korang hanya perlu klik butang "B" untuk malapkan skrin serta butang "W" kalau nak kembali bercahaya.

 

3. Langkaui bullet-point

Korang kena ikut jejak langkah Steve Jobs bila dia buat presentation. Mana ada dah guna kaedah bullet point, buang semua bullet point tu dan terangkan setiap point satu persatu. 

 

4. Korang boleh gerakkan carta tahu tak?

Biasalah kalau nak bentangkan kerja mesti akan menggunakan carta atau graf ke kan? Bosannya kalau graf tak bergerak macam tu je, betul tak? Okay korang boleh gerakkan carta korang tu dengan menggunakan aplikasi "animation". 

Selepas korang dah masukkan carta, KLIK ANIMATION TAB dan turn on ANIMATION PANE. Klik pada ADD ANIMATION dan pilih effect apa yang dimahukan. Di ANIMATION PANE, right click dan pilih EFFECT OPTIONS. 

Akhir sekali, di CHART ANIMATION, tukarkan GROUP CHART dari "AS ONE OBJECT" ke "BY CATEGORY". Korang kena cuba dahulu baru nak coolnya tips ni.

 

5. Gabungkan bentuk untuk cipta bentuk baru

Alah bosannya asyik-asyik guna bentuk bulat, petak je. Tak boleh ke create bentuk yang rare sikit? Boleh je cuma korang yang tak sedar tips ni. Korang boleh campur dan cantumkan bermacam bentuk untuk menjadikannya satu bentuk unik. Macam mana? Okay, korang hanya perlu masukkan bentuk apa yang dimahukan dan kemudian klik kesemuanya. Bila dah tekan, klik pada DRAWING TOOLS>FORMAT TAB dan gunakan MERGE SHAPE MENU untuk cantumkan.

*Sumber: PC Mag