Tak Semua Majikan Kejam Sebab Ini 5 Dugaan Yang Mereka Kena Hadap Dengan Calon Gen-Y!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tak Semua Majikan Kejam Sebab Ini 5 Dugaan Yang Mereka Kena Hadap Dengan Calon Gen-Y!

post by Izuan

by Izuan

Oct 18, 2017
pada 6:43 AM

Selama ini kita hanya dengar keluhan daripada jobseeker sahaja yang mengatakan susah nak dapat kerja, menyalahkan majikan yang terlalu 'pilih bulu' dalam mencari pekerja. Tapi hakikatnya, bukan semua majikan atau recruiter bersikap begitu. Ada sahaja yang mahu menolong tapi jobseeker yang buat hal.

Tugas recruiter adalah membantu para jobseeker menerpa kerjaya, itu sebablah ada segelintir daripada mereka membuat panggilan untuk membantu jobseeker ini secara sukarela tanpa sebarang permohonan dibuat.

Pintu telah terbuka, hanya datang untuk interview dan tunggu keputusan daripada majikan sahaja tapi apa yang mereka dapat? Ini dia!

1. Hantar 50 Maklumat Calon Kepada Majikan Tapi 10 Orang Sahaja Shortlisted

Mungkin tidak berapa ketara masalah daripada jobsekeer, ia masalah datang daripada majikan. Tapi, bagaimana majikan menilai maklumat korang? Sudah semestinya melalui resume, dari situ lagi majikan dah jangka mana calon yang berpotensi atau tidak untuk bekerja dengan mereka. 

Salah jobseeker juga kerana buat resume macam tangkap muat. Mungkin resume korang tergolong dalam 50 orang terpilih dan menarik perhatian majikan, tapi majikan pula angkap resume korang tu teruk. Kadang-kadang resume korang tu memang dah teruk dari awal, tapi recruiter cuba juga usahakan untuk bantu, adakah ini salah recruiter?

2. Dalam 10 Orang, Hanya 4 Sahaja Datang Interview

Takkanlah ini salah recruiter kan? Mereka dah penat-penat nak bantu korang, tapi korang macam lepas tangan je. Lepastu meroyan denkat media sosial susah nak dapat kerja padahal recruiter dah bantu. Lepastu ini pula terjadi

3. Hanya 2 Orang Sahaja Selesaikan Semua Peringkat Temuduga

Mungkin syarikat itu ada beberapa peringkat untuk membuat penilaian terhadap calon, tapi dia malas nak buat sampai sanggup lepaskan peluang yang ada didepan mata. Takkanlah recruiter nak paksa kan? Sabar je la.

4. Seorang Calon Dipilih Dan Ditawarkan Kerja

Nak atau tidak majikan pun pilihlah calon ini, walaupun tak berapa berkenan sebab calon yang menjadi perhatiannya tidak menyelesaikan sei temuduga berperingkat itu. Tapi 'malang tak berbau' bagi recruiter.

5. Tapi Akhirnya Dia Reject Offer Tu

 Jangan salahkan recruiter 100% dalam hal ini, kadang-kadang kita jobseeker sendiri bermasalah, kononnya bukan bidang lah, tak minat la dan macam-macam lagi. Tak semua recuiter kejam 'pilih bulu' tapi cara ini telah mendorong mereka melakukan perkara sedemikian. 

Memang betul, kadar purata graduan muda atau jobseeker semakin meningkat tapi kalau tak dapat kerja mungkin bukan peluang kita lagi atau ada beberapa masalah pada diri yang kita tak sedari, contoh macam resume tak menarik, kelayakan tak menepati ciri yang dimahukan majikan atau masalah terlalu memilih kerja dan manja!