Tak Tahu Nak Buat Resume? Meh Sini Maukerja Tolong Buatkan..Percuma!
# Pengetahuan Pekerja

Tak Tahu Nak Buat Resume? Meh Sini Maukerja Tolong Buatkan..Percuma!

post by null

by Admin

Jul 15, 2019
pada 5:38 PM

Korang tahu tak benda pertama majikan akan tengok bila nak ambil bekerja adalah resume korang? Jadi, resume korang kena lah "tip-top"! Selalunya majikan sangat suka resume yang bermacam-macam warna dan lain daripada yang lain. 

Tapi kadang-kadang mesti korang buntu dan tak tahu cara untuk reka bentuk resume korang. Jangan risau! Kini di MauKerja kami sediakan resume percuma untuk korang di laman web kami. 

1) Berapakah harga untuk sehelai resume?

Resume kami adalah percuma!

2) Adakah resume MauKerja hanya terbuka kepada ahli baru sahaja?

Tidak! Semua ahli dialu-alukan mencuba dan memuat turun resume di laman web MauKerja.

3) Saya merupakan salah satu peserta "Resume Giving Out Activity" yang lepas, tetapi saya belum menerima resume saya, mengapakah begitu?

  • Kami telah pun email resume kepada semua peserta. Kalau korang tak dapat lagi resume korang, sila hubungi kami di Facebook MauKerja melalui "PM" (Private Message). Sila pastikan maklumat seperti di bawah ini lengkap bagi memastikan anda dapat resume anda:
  1. "PM" kami dengan tajuk "Say belum lagi menerima resume saya"
  2. Nama penuh korang
  3. E-mail korang

4) Adakah saya akan dapat memilih reka bentuk resume?

Ya, semua reka bentuk resume akan ada dalam laman web MauKerja.

 

5) Baiklah! Bagaimanakah cara untuk buat resume saya?

Ikuti langkah-langkah yang tersenarai di bawah

 

Langkah 1: Layari Laman Web MauKerja

Layari laman web kami dan tekan butang Log Masuk | Daftar di sebelah kanan di atas lama web tersebut. 

 

Langkah 2: Log Masuk | Daftar 

  1. Kalau korang ahli lama, sila log masuk di kotak merah. 
  2. kalau korang belum berdaftar lagi, sila daftar di kotak kuning
    • Korang boleh pilih untuk daftar menggunakan Facebook ataupun daftar seperti biasa. 

*Nota: Kalau pendaftaran korang berjaya, korang akan terus ke page di bawah.

 

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Peribadi 

Semua maklumat yang mempunyai ruang kosong haruslah diisikan. 

 

Langkah 4: Muat Turun Resume!

Lepas korang isi semua maklumat yang diperlukan, resume korang dah siap untuk dimuat turunkan. Korang kena tekan butang "Muat Turun" ok? Tak tekan memang korang tak dapat resume. 

Yay, dah siap! Senang kan? Lepas ni dah tak payah pening kepala fikir nak buat resume macam mana dah.