Tak Tahu Nak Pilih Kerjaya Yang 'Ngam' Dengan Minat Sendiri? Kami Bongkarkannya Di Sini!
# Trending Semasa

Tak Tahu Nak Pilih Kerjaya Yang 'Ngam' Dengan Minat Sendiri? Kami Bongkarkannya Di Sini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 20, 2018
pada 4:51 AM

Pemilihan kerjaya adalah penting bagi menjamin hala tuju seseorang itu pada masa hadapan. Tapi sejauh mana kita sedar yang personaliti dan minat yang kita miliki tu sebenarnya sesuai dengan bidang kerjaya yang dipilih? Haa keliru kan? Bukan apa, kalau boleh taknaklah tersalah pilih bidang dan kerjaya. 

Bagi yang masih samar-samar, korang boleh jadikan info ini sebagai rujukan. Sekurang-kurangnya korang boleh nampak gambaran idea yang korang boleh pilih nanti.

 

1. Kewangan/Perniagaa

Kebiasaannya individu itu berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai.

Pentadbiran dan pengurus bank

  • Perancang dan pengurus kewangan

  • Pengurus dan agen insurans

  • Eksekutif jualan dan pemasaran

  • Pengurus pengiklanan

  • Eksekutif akaun

  • Akauntan/juruaudit

  • Aktuari

  • Pegawai bank

  • Pemerosesan data

  • Penganalisis data

  • dan lain-lain



    2. Penulisan dan Komunikasi

    Kebiasaannya individu itu berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni.

    • Wartawan
    • Editor
    • Jurubahasa
    • Penterjemah
    • Penerbit rancangan radio/televisyen
    • Pengacara radio/televisyen
    • Penulis skrip
    • Perunding komunikasi
    • dan lain-lain



    3. Perubatan/Sains

    Kebiasaannya individu itu meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat.

    • Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
    • Doktor haiwan
    • Jururawat
    • Pembantu makmal/pembantu perubatan
    • Juru radiologi
    • Ahli farmasi
    • Juru terapi
    • Saintis
    • Ahli biologi/kimia
    • Pakar nuklear
    • Ahli geologi/geofizik
    • dan lain-lain


    4. Perkeranian dan Pentadbiran

    Kebiasaannya individu itu berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat.

    • Pengurus perjawatan
    • Pegawai sumber manusia
    • Pegawai tadbir
    • Pembantu undang-undang
    • Kerani
    • Setiausaha
    • dan lain-lain



    5. Seni Reka dan Kreativiti

    Kebiasaannya individu itu minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif.

    • Pelukis
    • Pelukis grafik/batik
    • Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
    • Pereka bentuk dalaman
    • Jurugambar
    • Juru solek
    • dan lain-lain



    6. Teknikal

    Kebiasaannya individu itu berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain.

    • Arkitek
    • Perancang Bandar dan Wilayah
    • Juruteknik
    • Juruukur
    • Mekanik
    • Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
    • Pakar runding (
    • Dan lain-lain



    7. Keusahawanan

    Kebiasaannya individu itu suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan.

    • Perniagaan runcit
    • Perusahaan Kilang 
    • Pemborong
    • Kontraktor
    • Pengusaha hotel
    • Perusahaan bengkel
    • Perusahaan butik
    • dan lain-lain





    8. Perkhidmatan
    Kebiasaannya individu itu  suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai.

    • Pensyarah/guru
    • Pustakawan
    • Pegawai Perhubungan Awam
    • Peguam/pendakwaraya/hakim
    • Polis/askar
    • Pemandu pelancong
    • Kaunselor
    • Pramugari/pramugara
    • Tukang masak profesional
    • dan lain-lain

     

    Sumber oleh: Blog Memilih Kerjaya