Taktik Baru 'Hacker' Nak Pancing Data Pengguna Iphone Dengan Meniru Sebiji Macam Apple Buat!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Taktik Baru 'Hacker' Nak Pancing Data Pengguna Iphone Dengan Meniru Sebiji Macam Apple Buat!

post by Izuan

by Izuan

Oct 13, 2017
pada 5:45 AM

Bagi pengguna iPhone, ini adalah amaran tentang jenis dan taktik baru hacker 'pancing' pengguna untuk mendapatkan data yang manda memberi melalui ID Apple. Mereka akan membuat pop-up log masuk palsu yang seakan-akan sama seperti yang digunakan oleh Apple, ini sudah sedia maklum oleh pakar.

Kebiasaanya pop-up log masuk yang tulin akan muncul apabila anda cuba memasang atau mengemas kini applikasi, dan meminta anda untuk memasukkan kata laluan Apple ID  sebelum dapat meneruskan akses

Jadi, mereka akan menggunakan cara yang sama kepada pengguna. Jika anda memasukkan kata laluan ke dlaam pop-up palsu, hacker boleh mencuri dan menggunakannya untuk mengakses maklumat anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah mengakses kad kredit di dalam peranti tersebut!

Contoh Dibawah, Dikiri Adalah Yang Tulen, Manakala Di Kanan Adalah Yang Palsu! Dimana Ia Kelihatan Serupa Dengan Yang Asal! Ini Taktik Pancingan Data Terbaru Penggodam!

Pembangun aplikasi mudah alih Felix Krause, yang berpangkalan di Vienna, Austria, telah kongsikan melalui blog miliknya mengenai isu ini,  betapa mudahnya  hacker meniru pop-up ' log masuk ke iTunes Store' untuk mengambil kata laluan pengguna.

Katanya,  hacker boleh menghidupkan notifikasi di dalam aplikasi pengguna yang kelihatan hampir sama dengan pop-up Apple dengan hanya menggunakan sedikit kod yang mudah.

'Pengguna sudah terbiasa dilatih untuk memasukkan kata laluan Apple ID mereka setiap kali iOS meminta amereka berbuat demikian,' kata Krause.

'Namun, popup tersebut tidak hanya ditampilkan pada layar kunci, dan skrin utama, tetapi juga di dalam aplikasi rawak yang kita ada muat turun. Terutamanya apabila mereka mahu mengakses iCloud, GameCenter atau In-App-Purchases. Jadi, ia mudah disalahgunakan oleh mana-mana aplikasi. '

Oleh itu, Hacker yang mengakses kata laluan Apple ID anda boleh membuat pembelian palsu dan berpotensi mencuri maklumat pembayaran anda!

Dibawah Ini Adalah Contoh Notifikasi Yang Digodam! Ini Kerana Notifikasi Apple ID Takkan Muncul Secara Tiba-Tiba! Bagaimana Ingin Mencegahnya?

.

Pop-up biasanya muncul apabila anda cuba memasang atau mengemas kini applikasi, dan meminta anda memasukkan kata laluan Apple ID anda. Jika anda memasukkan kata laluan anda ke dalam kotak palsu, hacker boleh mencuri dan menggunakannya untuk mengakses maklumat kad kredit anda. Gambar diatas adalah pemberitahuan Apple ID yang tipu kerana muncul sewaktu anda 'lock screen'!

Bukan pengguna iPhone sahaja, pengguna iPad juga harus berwaspada berkenaan dengan isu ini, lindungi data pembayaran daripada penjenayah cyber dengan cara ini :

  • Jika mendapat notifikasi pop-up yang mengarahkan anda untuk log msuk kata laluan, jangan sesekali isi maklumat tersebut! Biarpun ia datang daripada pihak Apple sendiri! , Ia sebagai langkah keselamatan memandangkan telah berlaku kekeliruan
  • Isikan sahaja kata laluan tersebut melalui menu tetapan di Iphone anda untuk memastikan ia adalah 'request' sebenar daripada pihak Apple
  • Tekan sahaja butang 'home' apabila pop-up itu tiba-tiba muncul
  • Anda juga harus selalu mempunyai 'two-factor authentication' yang diaktifkan pada akaun Apple anda untuk keselamatan tambahan.