Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup [BSH] Fasa Tiga, Klik Sini!
# Gaya Hidup

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup [BSH] Fasa Tiga, Klik Sini!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 12, 2019
pada 7:08 PM

                                                                        

                           Menteri Kewangan, Lim Guan Eng - FOTO Sinar Harian                          

Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup [BSH] 2019, pembayaran BSH fasa tiga akan mula disalurkan ke dalam akaun membabitkan hampir 3.6 juta penerima mulai 28 Ogos 2019 dengan peruntukan sebanyak RM 1.23 bilion. 

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima meggunakan akaun bank yang sama ketika pembayaran BSH fasa 2 sebelum ini. 

“Bagi fasa tiga, pendapatan isu rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH RM400, pendapatan isu rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300) manakala pendapatan isu rumah RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM100.

“Sejumlah RM2.85 bilion sudah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan. Ia termasuk bayaran kadar tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat anak"

“Anak tanggungan merujuk kepada anak berusia 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Katanya lagi , bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September ini.

BSH bertujuan untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan inisiatif sebegini harus diteruskan.