Teknik Asing Duit Untuk Kawal Perbelanjaan. Agak Kuno Tetapi Berjaya Tau
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Teknik Asing Duit Untuk Kawal Perbelanjaan. Agak Kuno Tetapi Berjaya Tau

post by Aisya

by Aisya

Jun 16, 2020
pada 3:07 PM

Raya dah nak dekat ni dan mesti ada bermacam perbelanjaan betul tak? Sudah nak kena fikirkan perbelanjaan baju raya, perbelanjaan kuih raya, nak servis kereta lagi untnuk nak balik kampung, minyak dengan tol. Kalau tersalah hitung duit gaji ni boleh jadi tak mencukupi tau! Okay ini ada satu perkongsian teknik asing duit gaji yang agak sedikit kuno tapi menjadi betul! 

Kalau rasa-rasa duit setiap bulan tu asyik ghaib je dan bila semak akaun bank mesti termenung kemana duit semua hilang, boleh la cuba ikuti tips berguna dari netizen ini. Cuba dahulu dan kalau menjadi korang ajar pula pada orang lain

"Mak janji nak kongsi cara untuk elakkan duit ghaib sebelum tiba masanya, dan seriously menjadi taw dak"

 

1. Sediakan sampul secukupnya dan labelkan

Pertama sekali korang kena senaraikan kesemua liabiliti setiap bulan dari A-Z dan jangan ada yanng tertinggal. Ketahui berapa anggaran untuk setiap sampul dan tulis terus berapa nilai maksima untuk setiap sampul. Kalau nak campurkan kesemua dalam satu sampul dan tulis 'TABUNG LIABILITI' pun boleh tapi kalau buat satu per satu boleh nampak berapa jumlah yanng digunakan setiap bulan.

 

2. Isi setiap sampul dengan duit perbelanjaan

Okay korang dah siap senaraikan berapa jumlah perbelanjaan untuk setiap sampul kan? Sekarang ini adalah masa untuk isi setiap sampul dengan duit. Tidak apa kalau isi lebih, jangan isi kurang daripada jumlah sebenar sudah. Tak cukup pula nanti.

3. Kumpulkan kesemua sampui dan simpan di tempat yang selamat dan sukar diambil

Simpan kesemua sampu itu di tempat yang memang susah nak capai. Jangan pula simpan dalam beg tangan atau purse/wallet sebab senang je tangan tu nanti nak guna. Bila ada emergency je terus buka sampul dan guna, betul tak? Kalau s edar sikap diri macam tu baik simpan dekat tempat lain.

4.  Cepat-cepat bayar semua hutang dan tanggungjawab lain

Bila gaji dah masuk je,seeloknya terus cepat-cepat bayar dan jangan suka tangguhkan. Kalau lambat bayar nanti takut ada yang tak cukup sebab terlebih belanja. Selain itu, kalau lah untuk satu sampul tu korang ada duit lebih, jangan ambil! Simpan je baki tu dalam sampul tersebut dan boleh la forward ke bulan depan. 

Cuba amalkan tips sebegini dalam menguruskan perbelanjaan dan percaya lah, daripada sebelumnya korang termenung duit asyik tak cukup mesti lepas ni ada sampai berbaki pula duit. Ini memang cara terrbaik untuk disiplinkan diri.