Terdapat 3 Kategori Wang Tidak Dituntut Yang Diberitahu Oleh Jabatan Akauntan Negara
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Terdapat 3 Kategori Wang Tidak Dituntut Yang Diberitahu Oleh Jabatan Akauntan Negara

post by Aisya

by Aisya

Feb 20, 2018
pada 10:22 AM

Korang ingat lagi tak dulu pernah viral tentang seorang pengguna Facebook ni yang terkejut apabila mendapati jumlah Wang Tidak Dituntut beliau adalah sebanyak RM14,000. Dimaklumkan jumlah Wang Tidak Dituntut sehingga hari ini bernilai RM5.6 billion! Kesemua wang ini di bawah kendalian Jabatan Akauntan Negara.

Untuk makluman, terdapat 3 kategori Wang Tidak Dituntut seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara. 

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

Satu lagi perkara yang perlu korang tahu ialah, Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.