Terdapat 3 Pros & Cons Kalau Bekerja Di Syarikat Besar
# Pengetahuan Pekerja

Terdapat 3 Pros & Cons Kalau Bekerja Di Syarikat Besar

post by Izuan

by Izuan

Oct 13, 2017
pada 8:27 AM

Jiran sebelah bukan main lagi bangga bercerita yang anak dia kerja dekat company besar. Kita yang dengar pun rasa macam wow mesti masyuk gila gaji dia! Apa sebenarnya rasa dia bila dapat bekerja dekat company yang nama dia memang dah establish? Iye lah kalau orang tanya kerja mana, kita cakap je " Air Asia, Maybank, atau mana-mana nama syarikat yang besar." Confirm punya diorang tahu dan tak akan ada awkward moment, macam "Company Gemilang? Company apa tu? Dekat mana?" Betul tak?

Tak perlu nak terang panjang lebar, sebab semua tahu nama company korang kerja. Tapi memang ada banyak kelebihan ke kalau kerja dekat company yang besar? Atau ada juga kekurangannya? 

Kelebihan bekerja di big company:

 

1.  Korang akan belajar core business practice

Big company ni pasti ada angka besar yang mereka mahu capai. Akan ada pelaburan yang besar melibatkan wang berjuta-juta dan ramai pekerja yang turut sama terlibat untuk capai matlamat tersebut. 

Secara tak langsung, apabila korang bekerja di syarikat gah dan besar korang akan belajar mengenai proses, politik, prestasi kerja, merekrut pekerja, tanggungjawab dan yang paling penting sekali ialah KPIs (Key Performance Indicators) dan juga bagaimana untuk nak semak keputusan serta impak pada kerja. 

Berpeluang untuk merasai pengalaman ini di awal tempoh kerjaya bukan hanya akan melengkapkan diri korang untuk corporate world tetapi juga berikan pengalaman dan pembelajaran jika korang bercita-cita untuk membuka syarikat sendiri suatu hari nanti.

 

2. Jenama company itu berikan korang kelebihan 

Mereka yang bekerja di syarikat yang ternama dan gah ini ada satu kelebihan jika dibandingkan dengan pekerja di syarikat kecil-kecilan. Okay jika korang mahu mohon kerja baru dan recruiter nampak nama syarikat yang cukup dikenali sudah pasti dia akan tertarik, betul tak? Jika diletakkan bersebelahan dengan resume dari calon yang cuma ada pengalaman kerja di syarikat tidak begitu dikenali dan letakkan diri korang sebagai recruiter. Yang mana satu akan lebih menarik hati korang?

Nama syarikat ini secara tak langsung akan berikan impression yanng besar terhadap korang. Ianya menunjukkan yang korang i telah dilatih dengan sempurna dan juga ada bermacam pengalaman kerja serta pengetahuan. Ini adalah satu impression yang biasanya  terjadi.

 

3.  Senang untuk networking dengan orang ramai

Sama seperti korang letakkan brand company dalam resume, jika korang letakkan di sosial media atau online portfolio ianya membantu dalam proses networking. Korang punyai kelebihan untuk join networking dengan orang lain dengan membawa nama company itu. Senang je kalau nak berurusan dan jika mahu networking kerana sudah pasti mereka pun mahukan rakan dari company besar. 

 

Itu adalah kelebihan bekerja di company besar, bagaimana pula sisi keburukannya?

 

1.  Tanggungjawab kerja korang mungkin sedikit

Bukan dalam semua kes tetapi kebiasaanya pekerja yang bekerja di company yang besar kebiasaannya ada job skop yang sangat spesifik. Korang sukar untuk nak menceburi dalam skop kerja yang berbeza dan perlu fokus lakukan kerja itu sahaja. Ianya memungkinkan korang untuk senang rasa bosan. 

Tapi jika di company yang kecil, anda akan merasai melakukan pelbagai tugas. Tujuan company besar fokuskan anda pada satu tugas sahaja adalah kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan kerana ianya akan mendatangkan masalah yang besar serta beri impak pada outcome.

 

2.  Sukar untuk bekerja rapat dengan leadership team

Jika korang bekerja di company besar, peluang amat tipis untuk korang bekerja rapat dengan leadership team. Bayangkan lah dalam department itu sendiri ada bereatus-ratsu pekerja jadi peluangnya memang tipis.

Jika dalam syarikat yang lebih kecil, korang berpeluang untuk secara langsung bekerja dengan senior leader. Sampaikan ada masanya korang akan bekerja rapat atau satu team dengan pekerja senior yang memegang jawatan besar. Ianya satu luarbiasa kalau korang berpeluang untuk bersemuka dengan CEO dan sebagainya di office jika bekerja di company besar.

 

3.  Berhenti kerja itu amat sukar untuk dilakukan walaupun korang mahu

Bekerja di organisasi besar perasaan dia lain sedikit. Korang boleh keluar masuk sesuka hati tetapi tidak boleh sesekali tinggalkan untuk selamanya. Bagaimana mahu letak jawatan kalau manfaat dia banyak dan difikirkan stabiliti kerja, role progression yang jelas yang sukar untuk didapatkan di company biasa. 

Paling terasa sekali jika korang beralih dari company besar ke company kecil. Manfaatnya bukan seperti yang ditawarkan di company besar dan untuk nak adjust itu mengambil masa. 

Namun, ada lagi yang penting selain daripada brand company

Bekerja di syarikat yang ternama dan gah memang akan membuka peluang untuk korang bergerak ke kerjaya yang lebih besar. Tetapi perlu diingatkan juga yang diakhirnya  ada yang lebih penting sekali. Fokus pada jawatan kerja yang ada potensi untuk mengembangkan kerjaya, adanya mentor, serta kerja yang benar menarik minat korang kerana ini adlaah faktor yang lebih penting daripada sekadar bekerja di bawah nama company yang besar.