Terlampau Meriah Starbucks Pertama Kat Kelantan Sampai Terpaksa...
# Trending Semasa

Terlampau Meriah Starbucks Pertama Kat Kelantan Sampai Terpaksa...

post by sofea

by sofea

Aug 18, 2018
pada 2:24 AM

Kafe yang terletak di Kelantan ini adalah cawangan Starbucks yang ke-282 yang dibuka di Malaysia tapi yang pertama di Kelantan!

Kalau korang nak tahu, Starbucks yang bertempat di pasar raya Tesco, Lembah Sireh ni terpaksa dibuka sehari awal daripada yang dirancang kerana mendapat sambutan yang terlampau hangat dari peminat kopi dia yang dah beratur berjela-jela kat luar premis!

Wow! Dahsyat betul penangan Starbucks ni kan?

Kesemua pekerja di kafe ini adalah anak kelahiran Kelantan termasuklah pengurus cawangan ini sendiri yang dah 12 tahun berada di KL, happynya bukan main sebab dapat pulang ke negeri sendiri!

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays ke-4 dari kiri.

 

Pihak Berjaya Starbucks juga dah mula merancang nak buka sebuah lagi kafe Starbucks dengan konsep berbeza dalam negeri ini dalam masa 6 bulan akan datang!

Sumber: Kosmo