Terpadam Mesej Di Whatsapp? Jangan Risau, Ini Cara Untuk Baca 'Deleted' Mesej Pada Whatsapp!
# Gaya Hidup

Terpadam Mesej Di Whatsapp? Jangan Risau, Ini Cara Untuk Baca 'Deleted' Mesej Pada Whatsapp!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 27, 2020
pada 4:20 PM

Korang pernah tak secara sengaja ataupun tak sengaja terpadam mesej pada Whatsapp? Sejak Whatsapp memperkenalkan function delete message iaitu Delete For Me atau Delete For Everyone, ramai yang merungut sebab terpadam mesej-mesej penting. Hm, ada ke cara untuk dapatkannya semula?

 

Hmm, macam mana nak baca mesej yang dah dipadamkan di Whatsapp ye?

 

Sebenarnya ada cara untuk dapatkan semula mesej yang dah dipadamkan tu. Haa seronok tak? Menurut portal Dailymail.co.uk, ada cara rahsia yang boleh digunakan untuk dapatkan semua mesej yang telah dipadam tu. 

 

3 Langkah Untuk Dapatkan Mesej Whatsapp Yang Dah Kena Delete:

 

1. Delete app Whatsapp daripada iPhone atau Android

2. Download semua Whatsapp daripada App Store / Google Play Store

3. Log in, kemudian pulihkan rekod mesej sebagai back-up

 

Setelah mesej back-up dipulihkan semula, semua mesej yang telah dibuang akan muncul semula. Ini kerana Whatsapp akan secara automatiknya menjalankan back-up setiap hari pada pukul 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima. 

 

Namun, berbeza bagi pengguna Android pula, pengguna Android boleh melihat mesej yang dah dipadamkan. Mesej yang dipadamkan itu boleh dibaca semula menerusi dua cara:

1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul atau;

2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp