Thread Lelaki Ni Jelaskan Kenapa Suspek Bakar Tahfiz Tempoh Hari Tak Boleh Dihukum Gantung Sampai Mati
# Trending Semasa

Thread Lelaki Ni Jelaskan Kenapa Suspek Bakar Tahfiz Tempoh Hari Tak Boleh Dihukum Gantung Sampai Mati

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 23, 2017
pada 9:02 AM

Beberapa hari yang lalu, Malaysia telah digemparkan oleh satu kebakaran sebuah pusat Tahfiz sehingga menyebabkan lebih 20 pelajar terkorban termasuklah warden. Kesemua mangsa didapati terperangkap di dalam bangunan kerana api telah marak di pintu keluar masuk dorm dan ini menghalang para pelajar untuk keluar daripada bangunan itu. Tragedi ini adalah antara tragedi terburuk yang pernah berlaku di Malaysia.

Pada awalnya, orang ramai heboh menyalahkan tentang kelemahan keselamatan bangunan Tahfiz tersebut kerana cuma ada satu saja pintu keluar masuk yang diperuntukkan. Tetapi setelah pihak berkuasa bongkar tentang insiden ini dengan lebih mendalam, rupa-rupanya kebakaran pusat Tahfiz itu adalah berpunca daripada perbuatan 7 orang anak muda yang berumur antara 11 hingga 18 tahun dan tidak bersekolah. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.

Ramai yang terkejut dan meluahkan rasa geram dan berharap agar kesemua suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati. Persoalannya sekarang ni, boleh ke kesemua suspek ini dihukum gantung sampai mati? Seorang lelaki yang dikenali sebagai @NaufalAntezem , seorang graduan lulusan Ijazah Undang-Undang UKM ini beri penjelasan terperinci mengenai isu ini di akau twitternya.

 

''Persoalan hangat adalah, apakah hukuman yg bakal diterima suspek yg belum capai umur 18 tahun ? Difahamkan hanya seorang yg berumur 18 tahun...''

''Namun begitu, di bawah Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak, tidaklah boleh hukuman mati dijatuhkan kepada pesalah kanak-kanak (below 18 yo)...''

''Jgn berhujah guna emosi. Kalau ikut emosi, aku pun nak join hukuman yg barbaric kepada jebauk semua. Tapi sabar. Kita bertamadun & berilmu..''

''Mahkamah akan melihat apakah kesan racun tikus dimakan manusia. Adakah A tahu kesannya. Adakah A well prepared dgn jenayah 'gurau2' nya..''

''Tapi jika siap dibocorkan gas, kemudian pintu dihalang dgn tilam & khusus kebakaran hanya di tingkat bilik tidur, amat jelas wujud mens rea..''

''Kepada semua, pusat tahfiz janganlah diminta tutup. Kalau mereka tak sempurna, dekati dan bantu sempurnakan. Bukan herdik dan caci..''

''Akhir kata, dadah musuh negara. Ibu dan ayah, biar anak menangis air mata darah akibat kita didik, jgn kita menangis kemudian hari..''

Sumber: @NaufalAntezem