Tiada Bonus & Kenaikan Gaji, Dan Ini Antara 15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet!
# Trending Semasa

Tiada Bonus & Kenaikan Gaji, Dan Ini Antara 15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet!

post by Nazatul

by Nazatul

May 24, 2018
pada 1:35 AM

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas. Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Dr Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

​Kalau sebelum ni ada menjanjikan bonus dan kenaikan gaji kepada semua penjawat awam yang dijangka ditunaikan pada Julai 2018 ni. Namun, kerajaan baharu sekarang, tiada bonus untuk penjawat awam dan tiada kenaikan gaji sebab ia adalah janji pihak mereka.

Mesyuarat pertama Kabinet kerajaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 15 perkara seperti berikut: 

  • Majlis Profesor Negara dibubarkan

  • Gaji Jemaah Menteri dikurangkan 10 peratus

  • Harga petrol kekal

  • SPAD dibubarkan, diserap di bawah ke Kementerian Pengangkutan

  • Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion

  • GST sifar mulai 1 Jun

  • Kerajaan akan meneliti  semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi

  • Semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan

  • Semua pelantikan berkaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikaji semula.

  • Pejabat risikan luar Malaysia akan dikaji semula

  • Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan

  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilantik berdasarkan pengalaman beliau dalam kes 1MDB dan berani serta tidak berpihak dalam menjalankan tugas.

  • Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini.

  • Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang  Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.

  • Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.

SUMBER: