Tiada RM5,000 Jangan Mimpi Dapat Masuk Majlis Perkahwinan Ni! Dah Kenapa?
# Trending Semasa

Tiada RM5,000 Jangan Mimpi Dapat Masuk Majlis Perkahwinan Ni! Dah Kenapa?

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 6, 2018
pada 6:15 AM

Pernah tak korang dapat jemputan kahwin bersyarat? Syaratnya, kalau nak sahkan kehadiran (RSVP) korang dipaksa buat pembayaran dahulu. Lebih kurang konsep 'No payment, no talk' macam tu. Mengarut je kan?

Tapi tidak bagi seorang pengantin perempuan bernama Susan, seorang warganegara Utara-Amerika di Kanada, kerana tanpa segan silu nya dia menetapkan syarat kalau nak hadir ke majlis perkahwinan nya semua tetamu perlu membayar sejumlah wang bernilai $1,500 iaitu hampir RM 5,000 terlebih dahulu. Gila! Tak tercapai dek kewarasan akal permintaan pengantin sorang ni kan?

Alasan yang diberikan kerana perkahwinan nya merupakan perkahwinan 'Wedding of The Year' dan Susan memerlukan sejumlah wang untuk manampung segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk merealisasikan impian hari perkahwinan nya itu setakat ini.

Ekoran dari permintaan tak masuk akal ini, perkahwinan susan terpaksa dibatalkan beberapa hari sebelum sempat melafazkan perkataan keramat ‘I Do’. Kerana rata-rata tetamu termasuklah kaum keluarga dan rakan-rakan yang dijemput menentang keras idea tersebut dan enggan membayar wang kehadiran $1,500 untuk perkahwinan impian yang menelan belanja $46,020 USD atau hampir ratusan ribu ringgit itu. Susan kemudian nya menimbulkan perbalahan di kalangan netizen apabila beliau memuat naik status luahan hatinya di laman sosial Facebook.

 

                        

 

Dalam luahannya itu, Susan menyalahkan rakan dan ahli keluarga kerana tidak begitu 'supportive' dan menghancurkan perkahwinan serta kehidupanya. Malahan keluarga bekas tunanganya juga mengambil semula wang sumbangan yang telah diberikan. Kebanyakan netizen  dan menyela tindakan dan permintaan Susan yang keterlaluan itu.

Lebih malang lagi setelah kad undangan diedarkan & meminta pembayaran sebagai syarat untuk menghadiri hari bahagia Susan dan pasangan nya, hanya lapan orang tetamu sahaja yang telah memberi respon positif 

Namun untuk menjaga hati Susan dan menyelesaikan masalah tanpa perlu membatalkan perkahwinan, tunangan Susan memberi satu inisiatif agar mereka menukar lokasi perkahwinan dan hanya berkahwin di Las Vegas, kerana kos perkahwinan yang jauh lebih murah. Susan bagaimanapun masih berdegil dan tidak menerima cadangan murni tunang nya itu.

“Saya nak jadi macam Kardashian, untuk sehari je!” selarnya.

 

Hmm.. pelik-pelik betul orang zaman sekarang kan?