Tricks Dalam Mencari Kerja Agar Terus Dapat Kerja Yang Diidamkan - MauKerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Tricks Dalam Mencari Kerja Agar Terus Dapat Kerja Yang Diidamkan - MauKerja.my

post by Aisya

by Aisya

Sep 25, 2016
pada 7:39 AM

 Kali ini team MauKerja nak bongkarkan lagi hidden tips cara untuk gunakan laman web kami MauKerja dengan lebih efektif. Ramai-ramai kena belajar tips ini sebab ianya akan memudahkan pencarian kerja anda dan tidak perlu lagi nak tanya kawan-kawan atau susah nak Google cara nak cari kerja kosong lagi. Okay semua harap perkongsian ini amat membantu anda semua! 

 

Cari kerja melalui kategori

 

 

Anda sudah buka laman web MauKerja? Okay sekarang cuba anda scroll down ke bahagian paling bawah sekali dan anda akan jumpa seperti yang tertera dalam gambar. Disitu telah tersedia kerja-kerja kosong berdasarkan kategori kerja. Tidak perlu susah lagi untuk cari cari satu persatu kerja mana yang kena dengan pilihan anda. Hanya perlu klik pada kategori dan akan tersenarai kesemua kerja  kosong yang telah dikemas kini. Ada lebih kurang 17 kategori kerja. 

 

Mahukan kerja di lokasi idaman?

 

 

Mahukan kerja di Johor? Kuala Lumpur? Perak? Semuanya boleh dicari dengan menggunakan kemudahan ini. Tidak perlu susahkan diri lagi untuk cari secara manual. Hanya perlu klik pada lokasi kerja yang anda mahukan dan terus tersenarai kesemua kerja kosong di lokasi yang dipilih. Mudah kan? Kalau anda semua sudah tahu penggunaan fungsi kesemua ini memang senang betul nak cari kerja. 

 

Gabungkan kedua-dua pilihan sekaligus!

 

 

Kalau mahu mencari kerja dengan mengaplikasikan kedua-dua pilihan iaitu lokasi kerja  serta kategori kerja anda boleh terus tulis dalam kotak yang tersedia di bahagian paling atas sekali. Sebagai contoh, dalam bahagian "jawatan" isikan Kerani kemudian "lokasi" kerja pula Subang Jaya dan kemudian klik CARI KERJA. Mudah sahaja!

 

Mahu pilihan lebih spesifik?

 

 

Mahukan kerja kosong yang lebih spesifik? Boleh sahaja. Anda cuma perlu klik pada simbol tapis di tepi butang CARI KERJA dan ia akan keluar sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Fungsi ini akan menapis tiga kategori iaitu gaji, Minimum pendidikan seperti SPM, Diploma, Degree dan sebagainya serta jenis pekerjaan. Samada anda mencari kerja Full-time, Part-time, Contract atau Temporary. Hanya perlu klik pada butang tapis dan terus klik CARI KERJA

 

Sekarang anda sudah tahu tips berkesan MauKerja

Jangan lupa gunakan kesemua tips berguna ini dalam mencari kerja ya. Terus layari laman web rasmi MauKerja di www.maukerja.my untuk mencari kerja-kerja kosong yang mungkin adalah kerja idaman. Teruskan menggunakan MauKerja! Anda juga boleh tergolong antara mereka yang mendapat kerja melalui khidmat kami. Terima kasih semua buat sokongan anda yang tidak pernah putus. Teruskan menyokong MauKerja okay.