Tuan Rumah Kongsi 'Transform' Rumah Jadi Ala Rumah Designer, Bajet RM2,000 Je!
# Gaya Hidup

Tuan Rumah Kongsi 'Transform' Rumah Jadi Ala Rumah Designer, Bajet RM2,000 Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 10, 2019
pada 9:34 AM

Bajet dalam sekitar RM2,000 je untuk cantikkan bahagian luar rumah, ruang tamu dan dapur? Biar betul? Ya, tak mustahil! Tak percaya? Korang boleh melihat sendiri perkongsian yang dibuat oleh Mcyah Joanjett ini di FB. Memang berbeza habis gambar sebelum dan selepasnya. 

Nota: Pemilik rumah ini turut membuat penambahan bajet untuk mempercantikkan bilik-bilik di dalam rumah beberapa bulan selepas makeover luar rumah, ruang tamu dan dapur. Bajet untuk makeover bilik-bilik ni pun melampau murah bajet yang dikeluarkan, korang boleh terus baca sehingga ke penghujung artikel kalau nak tahu. 

 

Keadaan luar rumah sebelum makeover:

 

Ruang tamu & ruang makan sebelum:

 

Dan zam-zam-zam alakazam!

 

Luar rumah selepas:

 

Suasana malam hari di luar rumah...

-Para letak bunga RM25 (IKEA)
-Rak kasut RM150 (IKEA)

Harga tu termasuk caj upah. Kalau beli sendiri lagi murah. Personal shopper amik caj RM5-RM30 atas setiap barang.

 

Siang hari di luar rumah...

 

Lampu di luar...

-Lampu luar rumah RM55 (IKEA)

*Harga tu termasuk caj upah. Kalau beli sendiri lagi murah. Personal shopper ambil caj RM5-RM30 atas setiap barang.

 

Ruang tamu & ruang makan selepas makeover:

-Langsir putih RM19 2 keping (IKEA)
-Langsir grey RM45 2 keping (IKEA)
-Karpet RM95 (ala IKEA)
-Lantai tikar getah biasa sahaja RM230 segulung untuk sebuah rumah.

 

Cermin di ruang tamu...

-Cermin RM78 untuk 10 biji (IKEA)
*Harga tu termasuk caj upah. Kalau beli sendiri lagi murah. Personal shopper ambil caj RM5-RM30 atas setiap barang.

Cermin tu sebijik-sebijik, saya design tampal sendiri. Double tape untuk tampal kat dinding dah disediakan dalam kotaknya.

 

Tempat santai yang vibing habis!

-Sofa bed hitam RM150 (perabot terpakai)
-Bantal kerusi RM12 satu (KAISON)
-Meja putih RM89 (IKEA)

 

Hiasan bunga-bungaan...

-Bunga RM9.90 (IKEA)
-Pasu RM7 (IKEA)
-Para putih RM25 (IKEA)

*Harga termasuk caj upah. Kalau beli sendiri lagi murah. Personal shopper ambil caj RM5-RM30 atas setiap barang.

 

Alas kaki di pintu-pintu bilik...

-Alas kaki RM12 (MR.DIY)

-Almari hiasan RM250 (perabot terpakai)

 

Lampu stylish di ruang tamu...

-Studio lights RM176 (G-orenge Kota Bharu)

Banyak lagi design pelik-pelik. Harga tak sampai RM100 pun ada. Murah ya amat kat situ.

 

Meja makan...

-Meja makan RM189 (IKEA) 
-Kerusi makan RM40 (IKEA)
-Pelapik atas meja RM8 (MR.DIY)

*Harga termasuk caj upah. Kalau beli sendiri lagi murah. Personal shopper ambil caj RM5-RM30 atas setiap barang.

 

Sedikit curahan hiasan tradisional...

-Pagola rotan RM19 (MR.DIY)
-Sangkut pakai skru dan tali dari kedai RM2

 

Port tv yang dulunya kosong dan berdinding buruk ya amat kini berseri...

-Para letak coke RM25 (IKEA)

-Para letak astro RM60 (IKEA)

-Wallpaper 4 roll RM100 tapi untuk ruang tv ni just guna 2 roll sahaja. It means RM50 untuk ruang tv ni (ala IKEA)

 

Hiasan coke pada port tv...

Ini betul betul lama (tiada nilai nya).

 

Poster besi sebagai dekorasi pada ruangan meletak tv...

-Ini juga betul betul lama. Dah berkarat pun.. kutip merata je yg ni.

-Lampu sportlight RM35 (IKEA)

*Harga termasuk caj upah. Kalau beli sendiri lagi murah. Personal shopper ambil caj RM5-RM30 atas setiap barang.

 

Dinding mengadap meja makan...

 

Hiasan pada dinding ruang makan...

-Hiasan wood art total semua hiasan ni RM170 Camtu. Murah sangat. Yang besar tu pun RM25 je hehe. Yang lain RM8, 10 gitu. (Insta @ipoh.wood.art)

-Jam RM58 (G-orange)

 

Ruang 'mendobi':

-Bakul putih RM15 (IKEA)
-Rak besi putih RM100 (barang IKEA tapi beli yang terpakai sahaja)

 

Dan bila rumah dah cantik, barulah seronok nak buat open house...

 

Pemilik rumah ini turut menambah bajet lagi RM1,000++ untuk mempercantikkan bilik-bilik yang ada:

 

Kami tak ada katil sebab tiap tahun beranak kecil takut baby jatuh. Kami double tilam sahaja. JIMAT!

-Wallpaper ni baki wallpaper yang kat tv tadi, 4 roll RM100.

-Tampal dalam bilik 2 roll, kat kabinet tv 2 roll.

-Cadar online RM90

 

 

Hiasan dinding...

-Cermin hitam putih IKEA- RM10

*Harga personal shopper siap upah RM10 tu. Harga asal dia murah lagi kot.

-Bunga Kaison RM10​

*Harga asal dia xsmpai kot RM10. Ni saya beli harga yang personal shopper dah caj upah dia.

 

 

Lampu dinding...

-Lampu RM28

(Kedai lampu) ini lampu kat pagar rumah. Suka hati aku letak dalam bilik buat lampu tidur. Sebab murah hihi.

 

Port meja solek sebelum...

Tak daya aku nak mekap. Nasib baik 'peloles' sejak dalam rahim makrof. Haha

 

 

Selepas...

-Almari kaca IKEA (tapi ni aku beli yang terpakai) RM100

 

Vanity mirror suami aku DIY sendiri...
 

-Cermin RM50 (kedai buat cermin tingkap)
-Mentol RM4 (Mr.DIY)
-Frame Pameca RM150 (kedai tempah kabinet)

Kalau beli yang dah siap besar ni RM680-750.
Ni besar tau half dari dinding tu lebar dia.

 

Kerusi online RM250...

Excitednya nak buat sekarang!