Tun Dr Mahathir Dedah Rahsia Kekal Sihat Walau Usia Sudah Cecah 90an!
# Gaya Hidup

Tun Dr Mahathir Dedah Rahsia Kekal Sihat Walau Usia Sudah Cecah 90an!

post by Aisya

by Aisya

May 11, 2018
pada 7:52 AM

Melihat pada usia Perdana Menteri Malaysia ke-7 , Tun Dr Mahathir Mohamad ni, macam tak percaya pulak beliau kini sudah berusia 93 tahun. 

Jika orang lain pada usia begini, mungkin pergerakan tak begitu aktif dan duduk saja kat rumah. Tapi perwatan Tun Mahathir ni berbeza sekali. Beliau kelihat cukup sihat, aktif dan mempunyai daya pemikiran yang sangat tajam.

Agak-agak apa lah rahsia beliau untuk kekal cergas dan sihat ye? Jom kita tengok apa kata beliau:

Rahsia kekal sihat dan bertenaga 

Menurutnya Tun Dr Mahathir, tiada rahsia yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan hidup sihat. Dalam kehidupan, semuanya harus bersederhana dan jangan keterlaluan.

"Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan."

Tambah beliau lagi, dalam soal penjagaan makanan, beliau sentiasa memastikan akan berhenti makan sebelum kenyang kerana jika tidak beringat, maka perut pun mudah jadi besar.

"Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut
perlu bekerja dengan lebih kuat lagi."

"Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah. Sebab itu,
seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat."

Selain itu, beliau turut memberi nasihat agar menjaga jantung kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

"Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak."

Beliau yang telah memimpin negara selama 22 tahun sebelum ini juga berkata, rahsia lain beliau kekal sihat adalah dengan sentiasa membaca buku. Beliau memang sangat suka membaca buku.