Tweet Luahan Seorang Kakitangan Muda Awal 20-an Menyesal Beria Nak Graduate Awal
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Tweet Luahan Seorang Kakitangan Muda Awal 20-an Menyesal Beria Nak Graduate Awal

post by Aisya

by Aisya

Mar 20, 2017
pada 3:07 AM

Orang kata nikmati setiap fasa yang berlaku dalam hidup korang. Zaman persekolahan mungkin ada yang cukup benci dan nak cepat-cepat habis SPM sebab nak bebas. Tapi nanti bila dah besar, baru korang akan rindu dan kalau boleh putarkan masa rasa macam nak masuk sekolah balik je. 

Jangan tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara dalam hidup korang. Nikmatinya kerana masa tidak boleh diputar kembali. Ini kisah Lukman Khiruddin yang melakukan fast track dan terkejar-kejar untuk graduate awal dan terus bekerja. Bagi mereka yang berada dalam situasi ini, fahami betul-betul.

 

"Malam ni aku nak cerita sikit kenapa aku menyesal study fast track dan cepat masuk dunia pekerjaan"

 

"Disebabkan aku tak dapat fly sama macam batchmates aku yang lain, aku decide untuk "berlumba" siapa graduate lagi cepat"

 

"Aku menyesal sebab aku tak dapat rasa apa itu "university life" sebab sibuk kejar nak graduate dan kerja lebih awal dari batchmates aku"

 

"Kau akan mula menyesal dengan decision kau sebab bila dah kerrja, masa memang tak pernah cukup"

 

"Aku takde topik pasal universiti langsung yang boleh aku cerita kat anak-anak"

 

"Memang seronok pegang gaji sama macam orang umur 25-26, tapi kau pun akan rasa apa yang diorang rasa"

 

"Tak perlu nak "race" siapa habis belajar awal dan graduate"

 

Korang baru graduate dan bersedia untuk memasuki alam pekerjaan? Boleh lah hadirkan diri ke Ekspo Maukerja 2017 yang bakal berlangsung bulan April ini. Terdapat pelbagai kerja kosong yang tersedia buat korang semua. Jom persiapkan diri dan jangan lupa klik pada banner di atas untuk daftarkan diri sebelum terlambat.