[Uji Diri] - 4 Cara Makan Ayam Ni Boleh Buktikan Korang Ni Sebenarnya Seorang Yang...
# Gaya Hidup

[Uji Diri] - 4 Cara Makan Ayam Ni Boleh Buktikan Korang Ni Sebenarnya Seorang Yang...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 19, 2019
pada 4:42 PM

 

Jom uji personaliti diri dengan cara korang makan ayam!

Eh, makan ayam pun boleh bongkar personaliti diri? 

 

Antara keempat-empat pilihan jawapan ni, 

mana satu yang menggambarkan cara korang makan ayam?

 

 

Dah pilih?

Haa jom tengok penjelasan tentang pilihan jawapan korang tu di bawah.

 

 

JAWAPAN

 

A. Makan sampai licin

Seorang yang tidak banyak cakap dan sangat terurus dalam melakukan sesuatu perkara. Korang bersifat konservatif, mempunyai cara pemikiran tersendiri dan suka memilih jalan yang selamat. Ini bermaksud korang ni tak suka mengambil sebarang risiko.

 

B. Tak makan bahagian putih (tulang rawan)

Korang memiliki EQ yang sangat tinggi. Korang sangat memahami apa yang dirasai oleh orang lain dan boleh membina hubungan yang baik dengan orang lain. Namun, korang takkan membiarkan orang lain menyakitkan perasaan sendiri dan tak suka sesiapa menyakiti orang lain.

 

C. Makan tak bersih

Sentiasa berfikir dan mempunyai banyak perkara yang bermain dalam fikiran korang tu. Korang snagat gemarkan cabaran, apa-apa cabaran yang datang pun korang boleh hadapinya. Maksudnya, korang ni sejenis yang tak mudah berputus asa!

 

D. Tak makan guna tangan

Seorang yang sangat menjaga penampilan diri dan sukakan benda-benda yang sedap mata memandang. Korang sentiasa nak nampak elok dan berketrampilan di hadapan orang. Korang sangat ambil kisah tentang apa pandangan orang tentang diri sendiri, tapi kadang kala situasi ni akan membuatkan korang sendiri letih!