Uji Personaliti Diri! Bagaimana Cara Korang Pegang Tangan Pasangan Atau Kawan? Lihat Jawapan Di Sini
# Gaya Hidup

Uji Personaliti Diri! Bagaimana Cara Korang Pegang Tangan Pasangan Atau Kawan? Lihat Jawapan Di Sini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 29, 2018
pada 9:12 AM

Korang pernah terfikir tak kenapa kadang-kadang tu kita suka bila orang pegang tangan kita dengan cara tertentu? Contohnya seperti dalam gambar, ada yang suka pegang tangan cara macam nombor 1, nombor 2, nombor 3 ataupun nombor 4. Haa, semua ni bakal terjawab bila korang kaitkan dengan personaliti yang ada dalam diri korang. 

 

 

1. Korang merupakan seorang yang sangat prihatin, bijaksana dan bersemangat. Korang sangat menjaga perasaan orang lain, jadi korang akan sentiasa pastikan orang lain sangat selesa dengan diri korang. Haa korang mempunyai kelebihan boleh 'baca' orang lain, jadi korang boleh tahu sama ada orang tu cakap betul ataupun berbohong. Maknanya, korang boleh predict dan rasa apa yang orang lain rasa. 

 

2. Korang merupakan seorang yang sangat romantis, suka berfikir secara mendalam dan sangat peramah. Kalau tengok dari segi luaran, korang kelihatan sangat kuat dan sangat berdikari, tetapi hakikatnya korang ni senang merasa sunyi dan sentiasa memerlukan pasangan atau kawan yang sentiasa dekat dengan diri korang.

 

3. Kamu merupakan seorang yang terlalu baik dan sangat setia. Korang punya tahap baik tu, kalau ada orang yang tolong korang, korang akan balas pertolongan tu dengan berkali-kali ganda. Maknanya, korang ni seorang yang sangat menghargai orang lain. Tetapi, korang ni sangat susah nak memaafkan orang lain. Kalau ada orang buat salah, tak semudah tu untuk korang maafkan.

 

4. Haa korang merupakan seorang yang introvert dan jujur. Korang juga merupakan seorang yang sangat mengambil berat tentang semua perkara, sama ada perkara tu kecil ataupun besar. Sebab tulah bila ada sesiapa yang berkongsi masalah mereka, korang akan sedaya upaya nak tolong sampai masalah mereka selesai.