[VIDEO] - Boleh Cakap 16 Bahasa, Rakaman Ini Bongkar Kisah Kanak-Kanak Cambodia Yang Viral Tu!
# Trending Semasa

[VIDEO] - Boleh Cakap 16 Bahasa, Rakaman Ini Bongkar Kisah Kanak-Kanak Cambodia Yang Viral Tu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 20, 2018
pada 8:15 AM

Ingat lagi dengan video viral tentang seorang kanak-kanak Cambodia yang viral baru-baru ni? Kehebatan kanak-kanak itu yang boleh bercakap dalam 16 jenis bahasa berbeza betul-betul membuatkan ramai yang terpegun dengan kehebatannya. Mana taknya, umur pun muda lagi tapi dah boleh cakap sampai 16 jenis bahasa. Memang betul-betul gifted!

 

Budak Muda 'Terer' Cakap 12 Bahasa, Salute!

 

Sejak video kanak-kanak ini viral, ramai yang ingin tahu tentang latar belakang kanak-kanak ini. Dalam sebuah rakaman interview bersama dengan Thuch Salik berusia 14 tahun ini, satu-persatu kisahnya terbongkar.

Salik telah menjadi popular sejak videonya berbahasa 16 bahasa itu tersebar ke seluruh media sosial. Salik menggunakan teknik bercakap dalam 16 bahasa itu untuk menarik minat pelancong membeli barangan yang dijual.

''Saya akan menyanyi untuk menarik minat pelancong yang hadir. Bila mereka kagum dengan nyanyian saya, mereka akan memberikan pujian dan beli sesuatu daripada saya. Itulah yang saya lakukan,'' jelas Salik.

 

 

Salik bekerja di kuil Ta Prohm, berdekatan dengan Angkor Wat pada setiap hari. Ibunya turut berniaga di kawasan berdekatan sambil mengawasi keselamatan anaknya. Antara barangan yang dijual adalah seperti fridge magnet, kipas, beg, post kad dan banyak lagi.

Kelebihannya bercakap 16 bahasa ini adalah hasil daripada pertuturannya dengan pelancong yang datang ke tempat itu. Mungkin ramai yang menganggap Salik sama seperti kanak-kanak di Cambodia yang lain, yang tak berpeluang pergi ke sekolah. Hakikatnya, Salik masih pergi ke sekolah setiap hari kerana dia ingin belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap pagi seawal jam 7 pagi, Salik akan bersiap-siap ke sekolah dengan menaiki basikal. 

 

 

Namun, latar belakang keluarga Salik yang agak kurang berkemampuan memaksanya untuk terus bekerja bagi menampung perbelanjaan harian keluarganya. Walaupun begitu, ibu Salik sangat mengutamakan pelajaran anak-anaknya. 

''Salik mempunyai impian dan cita-cita tinggi yang ingin dicapainya. Oleh sebab itu, saya nak dia teruskan pelajarannya. Saya ingin melihat Salik menjadi orang yang berpelajaran dan berjaya,'' jelas Vanna, ibu Salik. 

Sejak videonya viral tempoh lalu, keluarga Salik telah menerima pelbagai bantuan dan sumbangan daripada pihak tertentu. Bila ditanya mengenai impiannya, Salik memberitahu yang dia ingin menjadi seorang pemandu pelancong (tour guide) seuatu hari nanti. Semoga impian kanak-kanak kecil ini tercapai suatu hari nanti. 

 


 

Tonton video interview penuh di sini: