Video Pekerja Domestik Rintih Bantuan FB Live Didera Co-Worker Sebelum Diselamatkan
# Trending Semasa

Video Pekerja Domestik Rintih Bantuan FB Live Didera Co-Worker Sebelum Diselamatkan

post by Izuan

by Izuan

Mar 12, 2018
pada 9:13 AM

Seorang pekerja domestik Filipina baru-baru ini diselamatkan dari rakan sekerja  yang  bersikap kasar di Iraq selepas membuat pengakuan pilu untuk mengharapkan bantuan dengan live streaming video Facebook.

Alice Aguilan menyiarkan keluhannya pada 22 Disember selepas dipukul oleh saudara majikannya yang juga bekerja sebagai penolong di rumah di Baghdad. Dalam siaran langsungnya, Aguilan berkata dia ditumbuk dan dicekik oleh lelaki itu, yang dikenal pasti sebagai Hammode Alsamawi, kerana tidak menyelesaikan tugas yang diperintahkan kepadanya.

Alice Aguilan, Pekerja Domestik Yang Mangsa Dera Co-Worker Di Iraq

Sementara Alsamawi sedang bersembahyang, Aguilan menceritakan tentang video bagaimana dia mendapat serangan secara fizikal apabila majikannya tidak berada di rumah.

Setelah lelaki itu selesai berdoa, dia terus menyerang Aguilan dengan menarik rambutnya, memukul dan menendangnya. Seorang lelaki yang lebih muda muncul dan mampu campur tangan dan menarik keluar saudara pekerja tersebut.

Pernah Mengadukan Kepada Majikan Namun Diabaikan

Dia pernah memberitahu majikannya, Mazen Junis Alsamawi, mengenai kejadian itu, namun aduannya tidak diendahkan kerana dia terlalu sibuk dengan tetamunya. Dalam live video tersebut, Aguilan meminta ihsan untuk sampaikan bantuan tersebut kepada Kedutaan Filipina di Baghdad, dia segera diselamatkan setelah penonton siaran langsungnya menyampaikan permohonannya kepada pejabat kedutaan tersebut.

Minta Bantuan Dan Diselamatkan Oleh Kedutaan Filipina Di Iraq Sepantas Kilat!

Dalam beberapa minit dari siarannya, dia diberikan bantuan perubatan dan dibawa ke balai polis tempatan untuk memfailkan laporan insiden tersebut, laporan siasatan platform berita tempatan. Walau bagaimanapun, dia memilih untuk menyelesaikan dan bukan memfailkan kes memandangkan dia seorang pekerja asing tanpa dokumen.

Aguilan sangat menghargai tindak balas Kedutaan Besar Filipina dan menyiarkan video mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya. Dia akhirnya dapat pulang ke Filipina pada 26 Disember lepas