Viral Krew Air Asia Menari Lagu Britney Spears Dalam Airbus, Tony Fernandes Beri Sokongan
# Trending Semasa

Viral Krew Air Asia Menari Lagu Britney Spears Dalam Airbus, Tony Fernandes Beri Sokongan

post by Izuan

by Izuan

Mar 20, 2017
pada 10:08 AM

Biasanya kalau boss dapat tahu staff main-main masa tengah kerja, mesti kena panggil dan habis berdarah telinga kena 'tarbiah', apatah lagi kalau viral, mesi kena gantung kerja ataupun kena pecat. Tapi bukan pada CEO penerbangan tambang murah Air Asia, Tony Fernandes ini.

Malah beliau beri sokongan lagi, dengan 'bakat' yang staff itu ada. Kalau anda perasan baru-baru ini ni laman sosial, video seorang pramugara yang dikenali sebagai Assraf Nasir sedang menari lagu Britney Spears "Toxic" telah menular ke seluruh dunia!

Melalui laman Facebook 9GAG, video berdurasi 1 minit 4 saat itu telah memperoleh lebih daripda 9,000 perkongsian dalam masa sehari!

Toxic A330 By Assraf Nasir

Hahaha! Memang terhibur! Kalau dilihat video asalnya pun, pada awal video muzik lagu tu Britney Spears melakonkan watak sebagai seorang pramugari, memang kenalah dengan tempat! 

Ekoran dengan video yang tersebar luas, CEO mereka juga pasti tak terlepas daripada mendengar berita tersebut. Namun, sebagai seorang pemimpin yang bersikap terbuka, Tony Fernandes tidak mudah melatah dengan karenah staffnya. Malah, beliau juga turut terhibur serta memberi sokongan terhadap staffnya.

"The talent in Airasia never fails to amaze me"

 

Classic. Airasia version of Toxic. The talent in Airasia never fails to amaze me. @assrafnasir is the best. Love it that staff can just have fun and be themselves.

Sumber : IG Tony Fernandes, IG Assraf Nasir, & 9Gag