Wanita Ini Kongsikan Macam Mana Majikan 'Trust' Dia Walau Banyak Lompat Kerja
# Gaya Hidup

Wanita Ini Kongsikan Macam Mana Majikan 'Trust' Dia Walau Banyak Lompat Kerja

post by Izuan

by Izuan

Jun 12, 2018
pada 7:16 AM

Bagaimana nak buatkan urusan kerja jadi mudah, dihargai dan murah rezeki? Satu je perkara yang kita perlu ada iaitu trust! Daripada orang atasan di syarikat kita. nak dapat kan trust tu pula bukannya mengampu atau ia boleh datang macam tu je. Kena lah berusaha untuk dapatkan 'trust' tersebut daripada boss dengan hasil kerja dan sikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab itu.

Bila dah dapat, manfaatkannya dengan baik dan jangan sia-sia kan. Buktinya, Nadia Rahmat boleh dijadikan sebagai contoh dan 'role model' dalam menerpa kerjaya kita. Biarpun banyak 'lompat kerja' tetapi sepanjang perjalanan career dia berkhidmat di beberapa buah syarikat di negara ini berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang isu. Ikuti perkongsiannya yang cukup berinspirasi ini.'

Kepercayaan adalah sesuatu pemberian yang kita kena raih. 

 

Kepercayaan adalah sesuatu
pemberian yang kita kena raih. 

Ketika saya baru sahaja menamatkan persekolahan untuk membantu Cik Kiah  Rokiah Mohd Ali di Pusat Tuisyen Dani Dana,
Saya diberikan kepercayaan daripada Pak cik (suaminya) untuk mengendalikan wang tunai dan pusat tuisyen itu sendiri, biarpun 
mereka sedang bercuti (tanpa pemantauan mereka)
Malah masa saya melanjutkan pengajian ek Universiti sekalipun.

Kepercayaan bukan halangan untuk bekerjasama dengan kaum lain

Ketika dialam pekerjaan pertama saya,
menjadi satu-satunya orang Melayu dalam sesebuah kumpulan,
Langsung tak menghalang bekas majikan saya Loo KJ untuk mempercayai saya menjadi sebahagian ahli pasukan mereka.

Ketika saya bekerja di TH Hotel, saya mendapat panggilan daripada Hj Zulkeffli Ahmad, beberapa bulan selepas gagal dalam
interview (sebab kerja tersebut disandang oleh Zaid Yusoff)
DImana, dia dan bekas CEO Hj Adly Mohamed telah mempercayai saya.

Saya akan menggalas tanggungjawab tersebut dengan sepenuh hati

Beberapa tahun kemudian, saya diberi kepercayaan oleh bekas CEO Dato Yasmin
untuk menubuhkan department baru untuk saya dan bekerja dibawah legend iaitu Mak Leha  Zaleha Idris, dalam bidang yang jauh meleset daripada bidang asal saya
- Business Development & Operation

Masa nak berhenti dan lompa kerja kepada persekitaran dan sektor baru,
saya diberi kepercayaan untuk kedalikan PR. Itulah apa yang Syahrir Azfar Al-Halabi nampak pada diri saya.

Oleh sebab saya ini seorang yang determine, saya akan menggalas tanggujawab saya dengan sepenuh hati.

Kenapa asyik berhenti?

"Jadi, kenapa berhenti?"

Ia berbalik kepada pinsip saya:
1. Persekitaran
2. Pemimpin yang bagus
3. Peluang

Terima kasih semuanya kerana mempercayai semangat saya
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir & Batin