Wanita, Orang Tua Atau Topi, Yang Mana Satukah Korang Nampak Dulu?
# Gaya Hidup

Wanita, Orang Tua Atau Topi, Yang Mana Satukah Korang Nampak Dulu?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2019
pada 1:02 PM

Cara kita meneliti tentang sesuatu gambar atau perkara sebenarnya berkait rapat dengan personaliti yang ada dalam diri kita. Disebabkan itulah apa yang dipandang oleh seseorang itu tak sama dengan apa yang dipandang oleh orang lain. Lihat gambar di bawah dan beritahu kami gambar apakah yang korang nampak dulu?

 

 

Jawapan

1. Wanita

Kamu seorang yang sangat penyabar dan jarang marah. Kalau kamu betul-betul marah pun, kamu cuma pendam dalam hati. Tetapi kesabaran kamu ada batasnya. Sekali kalau kamu dah 'meletup,' habislah. Walaubagaimanapun, kamu bukanlah sejenis yang marah secara membuta tuli je. Selalunya kemarahan kamu tu memang betul-betul berasas. 

 

2. Orang Tua

Kamu sangat percayakan diri kamu sendiri dan sangat kuat dari segi mental. Kamu sangat yakin dengan setiap apa yang kamu lakukan dan selalunya pasti akan berjaya! Kamu selalu nampak peluang dalam setiap permasalahan. Kamu tak takut kalau melakukan sebarang kesilapan tetapi yang tak bestnya, kamu ni sedikit keras kepala. Tak kisahlah apa yang berlaku, kamu tetap teguh dengan pendirian diri sendiri. 

 

3. Topi

Kamu seorang yang sangat prihatin. Setiap apa yang kamu lakukan, kamu akan pastikan yang tiada siapa yang akan terluka. Kamu akan pastikan setiap apa yang kamu lakukan berjalan seperti yang dirancang. Tetapi perkara sebegini akan membuatkan kamu berfikir terlalu banyak dan membuatkan kamu sendiri pening dengan perkara tersebut. 

Kamu juga sentiasa tenang dalam walaupun sedang berada dalam keadaan panik.