Warga Kuantan! Hadiri Temuduga Terbuka 23 Ogos Ni Untuk Peluang Sambung Belajar PERCUMA Melalui Program SLDN Di Kuala Lumpur & Selangor! Hostel PERCUMA!
# Jenis Pekerjaan

Warga Kuantan! Hadiri Temuduga Terbuka 23 Ogos Ni Untuk Peluang Sambung Belajar PERCUMA Melalui Program SLDN Di Kuala Lumpur & Selangor! Hostel PERCUMA!

post by 米米

by 米米

Aug 19, 2018
pada 7:39 AM

Apa perasaan anda kalau dapat offer untuk sambung belajar tanpa perlu keluarkan duit sesen pun? Tak payah bersusah-payah buat permohonan loan yang tak semestinya cukup untuk perbelanjaan satu semester. 

Tak kisahlah macam mana pun kedudukan kewangan anda dan keluarga sekarang ni, anda boleh meneruskan perjuangan untuk memajukan diri dengan menyertai program berharga yang 100% percuma Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) anjuran McDonald's.

Tanpa mengeluarkan wang sesen pun untuk yuran, kebajikan anda sepanjang program turut terjaga sebab anda akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM1,200, makan pun FREE, tup-tup habis belajar dapat pula sijil dan kerjaya!

 

Program Perantis SLDN (Sistem Latihan Dual National):

Program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran di dalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 & 3.

 


 

Syarat Kelayakan

  • Min Spm 
  • Berumur 17 tahun dan keatas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan.
  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira.
  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan.

 

Sijil Kemahiran Yang Bakal Diberikan

Sekiranya anda berjaya menamatkan program ini, anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan (Food Services).

 

Kursus Pembelajaran Untuk Program Ini

Pelatih akan dibahagikan kepada dua kursus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih

Penyediaan Makanan & Layanan :

  • Fast Food Safety - Health & Hygiene Practices
  • Fast Food Equipment Fire Up Activities
  • Fast Food & Beverages Preparation
  • Fast Food Customer Support Services
  • Fast Food Catering & Events Activities
  • Fast Food Cashiering Handling
  • Fast Food Product Receiving & Storing
  • Fast Food Deliveri Activities

Pentadbiran :

  • Fast Food Administrative Operations
  • Fast Food Quality Control
  • Handling Customer Complaint In Fast Food Services
  • Fast Food Cash Controlling

 


 

Program Untuk Peroleh Akademik & Kerjaya Dalam Satu Masa!

Nak tahu kenapa? Ini kerana tempoh latihan dan kursus hanyalah selama 18 bulan, selain itu latihan cuma 8 jam sehari dan 6 hari seminggu sahaja. Malah anda akan diserap masuk menjadi staff tetap sejurus sahaja tamat latihan, bahkan 2 jenis sijil kemahiran menjadi milik anda!

 

Dapat RM 1,200 Sebulan Sepanjang Latihan & 0 Bayaran Yuran!

Pastikan anda memiliki akaun bank Maybank, kerana bayaran RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada pelatih setiap hujung bulan! Bukan itu sahaja, pelatih akan menerima faedah perubatan dari Klik Panel tau! tak cukup dengan itu, ada perlindungan insurans siap dengan makanan percuma lagi!

Kursus Keselamatan Makanan juga akan ditaja sepenuhnya, bersertakan suntikan Typhoid.

Kenapa Anda Tak Patut Lepaskan Peluang Ni?

Sebab peluang untuk sambung belajar dengan percuma agak mustahil untuk ditemui! Dahlah susah nak jumpa, habis je study, tak semestinya terus dapat kerja. Tapi dengan menyertai program ni, semuanya akan settle! 

 

Pengalaman yang berharga dapat, sijil dapat, kerja dapat, elaunnya pun masyuk!

Yuran & Makanan Pun PERCUMA!

 


 

TEMU DUGA TERBUKA :

Tarikh : 23 Aug 2018

Masa : 10am-5pm

enlightenedLokasi Temuduga : McDonald's Riverfront Kuantan

enlightenedLokasi Kerja : KL & Selangor

 

 


 

Di mana lagi anda nak dapat peluang macam ni?

Peluang untuk memajukan diri dan mendapatkan hidup yang stabil tengah terpampang di depan mata. 

Tunggu apa lagi? Jom hadirkan diri ke TEMUDUGA TERBUKA McDonald's!