Yang Mana Satu Korang Akan Pilih Dulu? Semuanya Akan Rungkai Sifat Korang Satu-Persatu!
# Trending Semasa

Yang Mana Satu Korang Akan Pilih Dulu? Semuanya Akan Rungkai Sifat Korang Satu-Persatu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 28, 2021
pada 7:45 AM

Banyak personaliti test yang korang boleh buat bagi membongkar personaliti diri korang yang sebenar. Kadang-kala korang sendiri tak perasan korang ni bagaimana orangnya. Melalui personaliti test inilah sebenarnya dapat memberi korang clue tentang diri korang. Tak percaya? Cuba buat test di bawah ni:

 

Situasi: Jika korang berada dalam situasi seperti dalam gambar ini, apakah tindakan pertama yang korang akan lakukan dulu?

 

 

1. Tutup cerek 

Korang merupakan seorang yang: 

Seorang yang ghairah dan agak cepat marah. Korang suka buat keputusan dengan cepat dan tiada apa yang boleh menghalang daripada korang capai impian sendiri.

Namun, korang juga cepat bosan dengan monotony dan tak sukakan kejutan (surprises). Korang sukakan sesuatu yang mempunyai matlamat yang jelas (straight forward / direct)

 

2. Jawab telefon

Korang merupakan seorang yang: 

Seorang yang fokus dan sangat diplomatik. Sukar untuk menerima kesalahan orang lain. Personaliti ini lebih kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Korang senang je nak berkomunikasi dengan orang lain, mudah dapat kenalan dan gemar menjadi perhatian.

 

3. Tenangkan bayi yang menangis

Korang merupakan seorang yang: 

Seorang yang tenang dan bijak. Korang suka membantu orang lain dan bersedia untuk berkorban untuk kebaikan orang lain. Korang sejenis family type dan sangat menghargai hubungan sesama manusia.

Tapi, korang tak berani bersendirian dan perlu sentiasa ada perlukan seseorang untuk teman. Korang juga lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga.

 

4. Tenangkan anjing tersebut

Korang merupakan seorang yang: 

Seorang yang tak tahan dengan keadaan yang bersepah, sama ada rumah ataupun dalam kehidupan korang sendiri. 

Korang takkan berdiam diri sehinggalah korang dapat seperti yang diinginkan. Korang seorang yang materialistik dan classy. Korang ada jawapan untuk setiap persoalan dan tahu tindakan yang perlu diambil dalam apa jua situasi yang mendatang.