Yeop & Yong! Pizza Hut Tengah 'Open' Job, Gaji RM 1,700++ Ate Moh Le Datang Temuduga!
# Jenis Pekerjaan

Yeop & Yong! Pizza Hut Tengah 'Open' Job, Gaji RM 1,700++ Ate Moh Le Datang Temuduga!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 11, 2019
pada 7:03 AM

Berita gembira untuk warga Perak yang masih tercari-cari peluang pekerjaan tu! Apa kata korang datang ramai-ramai ke Pizza Hut Ipoh pada 17hb  Januari 2019 ni.

Kenapa? Apa yang best sangat kat sana?

Sebab Pizza Hut Ipoh nak bagi korang peluang kerja yang best! Sebagai Assistant Restaurant Management Trainee (ARMT) Gaji Lumayan tau RM 1,700++ yang paling best korang tak payah tunggu sampai berbulan-bulan untuk dapatkan kerja.

Korang boleh terus pergi 'temuduga terbuka' Pizza Hut seperti maklumat yang dah tertera kat bawah ni!

Ada pelbagai manfaat tambahan yang korang akan peroleh tau kalau korang kerja kat Pizza Hut ni! Antaranya makan PERCUMA! So korang dah boleh jimat dah kat situ, tak perlu lagi keluarkan duit belanja untuk memenuhi tuntutan perut yang berkeroncong pada waktu tengahari.

EPF & SOCSO pun ada dicarumkan untuk kegunaan masa depan korang, jadi korang tak perlu lah risau! Bagi pekerja perempuan yang tinggal di daerah selain Ipoh dan malas nak berulang alik untuk bekerja, pihak Pizza Hut berbesar hati menyediakan kemudahan asrama untuk korang nikmati.

Ape tunggu lagi tu Yeop & Yong? Ate jangan le lupa pangkoh le kelenda tu sesiap ye, nanti idok le terlupa! 

 


(Gaji RM 1,700++ | Asrama Wanita Disediakan | EPF & SOCSO)

Kelayakan

  • Ijazah atau Diploma dalam mana-mana bidang (terutama dalam bidang berkaitan seperti F & B, Pengurusan Hotel dan lain-lain).
  • Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris yang baik.
  • Keperibadian yang baik dengan keupayaan untuk bekerja secara berdikari.
  • Kepimpinan yang kuat, bertenaga, teratur dan bermotivasi diri.
  • Bersedia untuk kerja shift dan hujung minggu.
  • Keperluan umur: 21-35 tahun
  • Calon dengan SPM / STPM min 2 tahun dalam industri perkhidmatan makanan juga akan dipertimbangkan.

 

Tanggungjawab

  • Untuk memimpin dan memaksimumkan jualan restoran, keuntungan, pelanggan dan kecekapan operasi melalui pengurusan yang berkesan.
  • Membantu membina kemampuan orang dalam pengambilan, pemilihan dan latihan.
  • Menyelaras dan mengendalikan fungsi kakitangan pengurusan restoran di setiap jabatan.
  • Memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang baik.
  • Pemikiran analitik.
  • Mampu untuk memimpin, melatih dan mengawasi pasukan perniagaan penyampaian.

 

Manfaat tambahan

  • Makanan Disediakan
  • EPF & SOCSO
  • Lokasi Kerja :
  • PH AEON SERI MANJUNG - TIADA ASRAMA DISEDIAKAN
  • PH AEON STATION 18 - ASRAMA WANITA DISEDIAKAN
  • PH BATU GAJAH - TIADA ASRAMA DISEDIAKAN
  • PH KAMPAR - ASRAMA LELAKI DISEDIAKAN
  • PH SITIAWAN - ASRAMA LELAKI DISEDIAKAN
  • PH TELUK INTAN - ASRAMA LELAKI DAN WANITA DISEDIAKAN
  • PH TANJUNG MALIM - ASRAMA LELAKI DISEDIAKAN

(Gaji RM 1,700++ | Asrama Wanita Disediakan | EPF & SOCSO)

 

Kelayakan

  • Min SPM
  • Mempunyai lesen motorsikal yang sah
  • Berumur 18 tahun & ke atas

 

Tanggungjawab

  • Mengikut prosedur penghantaran yang ditetapkan syarikat
  • Memberi layanan terbaik kepada pelanggan dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada teman kerja
  • Menjalankan tugasan yang diberikan & boleh bekerja secara berpasukan
  • Memastikan motorsikal dalam keadaan yang baik sebelum & selepas penghantaran
  • Memastikan lokasi kerja sentiasa bersih

 

Manfaat Tambahan

  • Hingga RM7/Jam
  • Elaun Penghantaran
  • Makanan Disediakan
  • Motorsikal Disediakan
  • Lokasi Kerja :
  • PH AEON SERI MANJUNG - TIADA ASRAMA DISEDIAKAN
  • PH AEON STATION 18 - ASRAMA WANITA DISEDIAKAN
  • PH BATU GAJAH - TIADA ASRAMA DISEDIAKAN
  • PH KAMPAR - ASRAMA LELAKI DISEDIAKAN
  • PH SITIAWAN - ASRAMA LELAKI DISEDIAKAN
  • PH TELUK INTAN - ASRAMA LELAKI DAN WANITA DISEDIAKAN
  • PH TANJUNG MALIM - ASRAMA LELAKI DISEDIAKAN

Peluang yang helokkk tak datang selalu tau!

So 'save the date' untuk hadir temuduga.

Klik 'apply' lelaju untuk mohon & semak maklumat jawatan okay!