3 Cara Bagaimana Nak "Overcome" Dengan Orang Yang Tak Support Matlamat Hidup
# Gaya Hidup

3 Cara Bagaimana Nak "Overcome" Dengan Orang Yang Tak Support Matlamat Hidup

post by Aisya

by Aisya

Aug 28, 2016
pada 4:20 AM

Perkara yang boleh menjatuhkan semangat seseorang adalah apabila orang yang paling rapat dan paling dipercayai tak nak berikan sokongan dalam sesuatu keputusan yang dibuat. Akan ada tiba masanya bila korang nak sambung pelajaran dan bidang yang korang pilih tidak direstui oleh keluarga, dan apabila mahu bertukar kerjaya, kawan-kawan dan ibu bapa membantah dan tidak gemar dengan keputusan yang korang ambil.

Pada waktu genting sebegini lah lagi pentingnya untuk ada orang yang menyokong. Dikelilingi oleh mereka yang amat membantu, ini lah yang betul-betul memberi semangat dan buktikan yang langkah korang itu tidak salah.

Bagi mereka yang punyai keluarga serta rakan terdekat yang amat menyokong dalam apa jua yang korang lakukan seperti cheerleader memang menaikkan semangat dan motivasi. Korang memang bertuah untuk dikelilingi oleh orang yang sebegini yang tetap memberi semangat walaupun waktu jatuh.

Tapi bagaimana pula bagi mereka yang berhadapan dengan orang yang tidak menyokong kerjaya atau goal dalam menyambung pelajaran? Terpaksa berhadapan dengan orang yang suka menjatuhkan semangat  orang lain. Okay jangan risau, ini ada  langkah-lankah untuk berurusan dengan situasi sebegini:

1. Kenali siapa yang negatif dan positif

Siapa orang dalam hidup korang yang tak pernah berhenti memberi korang sokongan? Siapa yang berikan korang semangat dalam hidup? Siapa yang sering beritahu yang korang tu hebat dan boleh buat apa sahaja? Ini adalah mereka-mereka yang memberi aura positif dalam hidup korang dan perlu korang simpan sampai bila-bila kerana mereka lah yang akan senantiasa memberi sokongan moral yang padu.

Dan siapa pula yang sering kali berikan alasan panjang berjela mengapa matlamat korang tu tak cukup baik? Ada sahaja yang mahu dikritik dan seakan semuanya tidak pernah cukup sempurna di mata mereka. Orang sebegini tak semestinya tidak baik, percaya atau tidak mereka sebenarnya mahu membantu. Mereka mahu berikan pandangan sahaja tapi itu tak bermakna yang korang perlu berdampingi dengan mereka selalu.

2. Buang siapa yang tak perlu

Sebaik sahaja korang sudah kenal pasti siapa yang menjatuhkan korang, cuba lakukan beberapa idea ini untuk nak perbetulkan keadaan:

Jelaskan: Kalau korang mahu rakan-rakan serta ahli keluarga untuk menjadi lebih supportive, cara yang terbaik adalah beritahu mereka straight-forward. Berikan mereka penjelasan apa yang boleh mereka lakukan atau apa yang perlu mereka perbaiki. Orang lain mana boleh baca fikiran korang jadi korang tu yang perlu beritahu pada mereka apa yang korang mahukan.

Hadkan masa dengan orang yang suka menjatuhkan orang lain: Akan ada segelintir orang yang akan berusaha sebaik mungkin untuk nak jatuhkan korang. Biasalah orang yang iri hati ni memang susah kita nak kawal. Ada cara untuk nak basmi mereka iaitu hadkan masa yang diluangkan dengan mereka. Mungkin agar sukar untuk terus buang mereka daripada hidup korang terus tapi korang boleh berjaga-jaga dengan berapa banyak masa yang diluangkan dengan mereka. 

Luang lebih masa dengan orang positif: Cuba untuk luangkan masa dengan orang positif yang sering kali menceriakan hidup korang. Perkara yang paling best bila korang luangkan masa dengan orang positif ini ialah mereka selalunya lakukan perkara yang memberi inspirasi kepada hidup orang sekeliling. Bina hubungan dan ambil idea yang boleh buatkan korang pergi lebih jauh. 

3. Layan orang lain sama macam apa yang korang mahu dilayan

Korang sendiri tahukan apa rasanya bila orang sekeliling sering kali katakan yes daripada asyik berkata tidak. Ini lah ayat yang korang memang tunggu-tunggu untuk disebut oleh orang lain bila korang kemukakan idea kan? Jadi berikan layanan pada orang lain sama macam apa yang korang mahukan mereka layan korang bagaimana. Jadi orang yang selalu berikan sokongan dan bukannya mencuba untuk menjatuhkan orang lain.

Yang paling penting diri korang sendiri perlu beerubah dan jadi positif dan jangan harapkan orang lain untuk jadi positif dahulu. Biasalah bila orang terdekat tidak menyokong apa yang korang lakukan, cuba untuk ubah pendirian mereka dengan cara yang positif.