Majikan Yang Berperangai Teruk Boleh Merosakkan Pekerjanya Sama Seperti Kesan Perokok Pasif
# Pengetahuan Pekerja

Majikan Yang Berperangai Teruk Boleh Merosakkan Pekerjanya Sama Seperti Kesan Perokok Pasif

post by Aisya

by Aisya

Jul 24, 2016
pada 1:49 AM

Majikan yang tidak menunjukkan sikap sebagai pemimpin yang baik akan merosakkan pekerjanya. Kesannya sama seperti perokok pasif-walaupun mereka tidak merokok tetapi apabila didedahkan kepada asap, lama-kelamaan akan jatuh sakit juga. Dalam kes sebegini anggap majikan sebagai perokok tegar dan korang itu perokok pasif yang terdedah pada asap rokok setiap hari, kesannya akan merosakkan kesihatan mental dan fizikal. 

Majoriti yang berhadapan dengan majikan yang berperangai teruk ni mengambil keputusan untuk tidak berhenti atas faktor-faktor tersendiri. Antaranya adalah sebab sukar untuk nak dapatkan kerja sekarang, perlukan duit untuk kelangsungan hidup dan sebagainya. Jadi mereka terus terikat dengan kerja yang mungkin mereka suka tetapi terpaksa berhadapan dengan majikan yang teruk ni.

Lebih teruk daripada kesan merokok

Kajian yang dibuat oleh Harvard Business School serta Stanford University di US, sebanyak 200 data daripada 200 kajian menunjukkan yang tekanan di tempat kerja boleh menjadi parah kepada kesihatan serta kesannya lebih teruk daripada terdedah kepada asap rokok. Sebab utama tekanan di tempat kerja adalah kerana takut akan kehilangan kerja mereka. Mereka terlalu risau jika satu hari nanti mereka akan diberhentikan dan memikirkan kesemua tanggungjawab yang perlu mereka pikul. 

Berhadapan pula dengan majikan yang berperangai teruk lagi lah menambahkan stress. Mungkin sesetengah berpendapat yang situasi sebegini memberi pengalaman bagaimana kehidupan bekerja ni, berhadapan dengan pelbagai perangai tetapi janganlah mengorbankan hidup korang terpaksa melayan karenah majikan sebegini. Ianya hanya merosakkan diri korang sendiri je.

Bos tetapi bukan seorang pemimpin

Majikan sebagaimana yang dikatakan teruk ni? Mereka yang digelar sebagai bos tetapi bukan seorang leader. Tidak menunjukkan sikap sebagai pemimpin yang terunggul, memberi tekanan yang dasyat kepada pekerjanya, sering emosi dan banyak lagi. Bad bosses selalunya terlampau agressif, egois, mencederakan secara fizikal dan bermain dengan mental pekerjanya. 

Kalau berhadapan dengan majikan sebegini, memang menguji kesabaran betul tapi apabila memikirkan kembali keadan ekonomi yang tidak menentu dan peratusan menganggur yanng makin naik, akan mula timbul perasaan "kena bersabar, dan pekak kan telinga je." Memang betul, nak berhenti kerja ni bukan boleh buat main-main. Kena pertimbangkan keadaan kewangan, nak bayar rumah sewa, kereta dan macam-macam lagi lah. Perkara sebegini lah yang membuatkan motivasi seseorang itu jatuh.

Strategi untuk menghadapi krisis sebegini

Ini ada beberapa strategi jika korang berhadapan dengan krisis sebegini:

1. Buat senarai harian apa yang perlu dilakukan. Ini boleh menolong korang untuk move on.

2. Matikan notifikasi email dan segala yang berkaitan dengan kerja pada hujung minggu. Sekurang-kurangnya korang boleh lupakan hal kerja sebentar.

3. Sentiasa mencari peluang terbuka dengan mempelajari kemahiran baru yang berguna.

4. Berhenti fikirkan yang tiada rezeki terbuka untuk korang.

5. Pilih yang mana satu penting, kesihatan yang tidak boleh ditukar ganti ataupun kerja?

Semoga dengan perkongsian sebegini boleh buatkan korang mula bersikap positif dan yakin pada diri. Selamat maju jaya!