Penulis Ini Kongsikan Satu 'Senjata Rahsia' Yang Pasti Boleh Menambat Hati Majikan Masa Interview
# Pengetahuan Interview

Penulis Ini Kongsikan Satu 'Senjata Rahsia' Yang Pasti Boleh Menambat Hati Majikan Masa Interview

post by Izuan

by Izuan

Jul 28, 2016
pada 4:32 AM

Interview kerja merupakan waktu dimana majikan akan menilai diri kita, calon-calon haruslah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental kerana setiap majikan mempunyai 'corak' mereka tersendiri. Ada yang santai, ada yang serius dan soalan-soalan mereka tujukan tak semestinya sama dan ia amat sukar untuk diramalkan.

Namun, ada satu 'senjata' yang korang boleh gunakansewaktu interview yang boleh menarik mana-mana majikan sekalipun. Tips  yang dikongsikan oleh penulis ini pasti akan berkesan jika calon-calon amalkan dalam setiap sesi temuduga. Tapi tak bermakna persediaan lain tak perlu dilakukan, cuma fokus pada pada yang ini sahaja.

Baca perkongsian tips daripada Bahruddin Bekri ini.

Cerita sahaja yang baik-baik, yang kuat-kuat, yang hebat-hebat tentang diri anda..Tak perlu sehingga ditanya

Cerita pengalaman kita. Kerana dalam cerita itu akan ada contoh yang kita ini bagus.

Terangkan tanggungjawab kita, kerana kita akan 'hebat' apabila berjaya melaksanakannya. Tidak kira sekecil apapun tanggungjawab