Reaiti Drama Korea VS Drama Melayu Yang Tak Berpenghujung. Huhu..
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Reaiti Drama Korea VS Drama Melayu Yang Tak Berpenghujung. Huhu..

post by Aisya

by Aisya

Jul 23, 2016
pada 6:43 AM

Makin banyak juga drama melayu ni yang makin giat ditayangkan di televisyen. Dari cerita mengenai bercinta lepas bernikah, ke percintaan antara dua darjat, semuanya ada peminat tersendiri yang mengikuti drama ni sampai lah ke sudah. Dan sekarang pula dah ada trend drama baru, mengenai percintaan antara tentera dan doktor. Wow dengar macam hebat je kan? Ini apa yang korang katakan drama korea iaitu Descendants of The Sun yang di-melayukan.

Perkongsian ini diambil daripada Facebook akaun milik Nurul Hidayah Abdul Rahman yang secara terang-terangan menulis mengenai bezanya antara drama melayu yang ada di tv setiap petang tu dengan drama korea.

Cerita percintaan tapi tiada isi

Mengikut beliau drama Sayangku Kapten Mukhriz tidak boleh disamakan sekali dengan Descendants of The Sun. Mengapa pula? Kedua-duanya memang drama yang berkisarkan tentang percintaan dan ada bibit-bibit romantik antara kapten dan doktor tapi yang lainnya adalah bila diolah dalam versi melayu ni, seakan tiada isi.

Jika dilihat pada watak, kedua-duanya sama tetapi drama korea ni ada menunjukkan bagaimana kerjaya sebagai seorang tentera ini ataupun doktor. Apa yang perlu mereka hadapi dan tanggungjawab yang dipikul. Dalam drama melayu ni yang ada hanyalah cinta, cinta, cinta. betul ke?

Tak ada scene berperang, pembedahan kecemasan dan sebagainya

Kalau dilihatkan dalam drama korea ni ada juga nampak intipati cerita dia. Ada juga menunjukkan tentang konflik peperangan, serangan, ada scene dimana doktor perlu melakukan pembedahan kecemasan dan macam-macam lagi, serta tema dia pun tak tertumpu pada satu sahaja. Jika dilihat dengan teliti ada tema mengenai persahabatan, nilai patriotik, kekeluargaan, aksi, dan banyak lagi lah. Tapi drama melayu ni banyak tertumpu pada tema percintaaan sahaja. 

Penerbit drama perlu fikir mengapa orang lebih suka cerita asing

Bukannya bersifat untuk menghukum mana-man pihak ataupun menunjukkan mana tahap filem kita, tetapi perlu juga diambil pandangan mengapa masyarakat pun suka menonton cerita luar. Ada banyak perkara yang boleh dipelajari dan ada betulnya juga. Penonton bukannya nak tengok sekadar hero hensem dan heroin cantik je, kena lah lebih daripada tu, iye dok?

*Sumber: Facebook