Waktu Kerja Yang Fleksibel, Gaji Sehingga RM20 Sejam. Kalau Sehari? Banyaknya!
# Pengetahuan Pekerja

Waktu Kerja Yang Fleksibel, Gaji Sehingga RM20 Sejam. Kalau Sehari? Banyaknya!

post by Aisya

by Aisya

Aug 24, 2016
pada 10:11 AM

Kalau korang ni orang yang jenis cepat bosan, tak suka kerja waktu pejabat dan suka berjalan, kami ada satu kerja yang paling ngam dengan anda. Waktu kerja yang fleksibel dan tak perlu menghadap komputer sepanjang hari. Paling best lagi gaji yang diberikan bukan sahaja berbaloi tapi lumayan! Satu jam anda boleh peroleh sehingga RM20, kalau sehari? Banyak tu!

Nak tahu kerja apa? Ini dia!

Dah Makan!

Ape kaitan kerja dengan makan pula ni? ! Bukan, untuk pengetahuan korang Dah Makan nerupakan sebuah perkhidmatan tempahan makanan untuk mereka yang sibuk dengan kerja. Mereka menerima tempahan untuk makan tengah hari dan makan malam.

Makanan yang disediakan di masak segar setiap hari hasil air tangan daripada seorang chef berbakat, Chef Shamsul dan dihantar terus ke tempat anda. Jadi, dah makan sedang mencari penghantar makanan. Korang hanya perlu ada lesen memandu yang sah dan ada motorsikal sendiri sahaja!

Penghantar Makanan - Rider (RM15-RM20 Sejam!)

Tanggungjawab

  • Anda bertanggungjawab untuk mengambil makanan dari HQ kami dan hantar kepada pelanggan. Jadi, anda merupakan imej syarikat kami dan seterusnya mempengaruhi kejayaan syarikat kami secara keseluruhan.
    • Mempunyai kenderaan (motosikal)
    • Berkebolehan untuk bekerja dalam apa jua cuaca dan keadaan.
    • Pengurusan diri dan masa yang sangat baik

Manfaat tambahan

  • Pekerjaan ini merupakan sebuah pekerjaan yang menarik dan dengan bayaran yang lumayan. 

Bayaran dari RM15-RM20 sejam! Jadi, tunggu apa lagi MOHON SEKARANG SELAGI PELUANG MASIH ADA! Oh ya! Jangan risau masih ada lagi jawatan lain yang korang boleh mohon dan gaji yang diperuntukk lah berbaloi.

Tugas sebagai seorang Commis adalah mengurus, menyusun dan memastikan kelancaran penyediaan makanan, Commis memainkan peranan untuk membantu chef menyediakan bahan-bahan masakan dan membantu sedikit tugas mereka agar memastikan segalanya berjalan lancar.

Selain itu, Commis memainkan peranan untuk memastikan keselaman makanan (memeriksa, merasa, kualiti pada makanan tersebut.Calon-calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya STPM/"A" Level/Sijil Pra-Universiti dan berpengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam bidang yang sama. Manfaat yang korang akan perolehi jika menjadi Commis Dah Makan ini adalah:

Manfaat

  • Staff meals
  • Friend & family discount
  • Latihan bertaraf antarabangsa

Memainkan peranan untuk menyusun dan menyediakan mise en place untuk memasak, mencuci, membahagikan, mencincang, dan penyimpanan makanan. Memasak makanan mengikut standard resipi, standard kualiti dan standard persembahan. Mengendalikan ketuhar, dapur tempat memanggang dengan betul. Memantau kualiti makanan semasa menyediakan makanan dan memberitahu pengurus segera jika produk yang tidak memenuhi spesifikasi.

Apa yang menariknya lagi, gaji bulanan korang boleh peroleh sehingga RM3,200! Calon-calon hendaklah boleh membaca, menulis dan bertutur berbahasa Inggeris dengan bagus. Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dsebagai Chef de Partie atau 3-4 years dalam 4 bintang atau 5 bintang di hotel atau restoran barat terkemuka. Manfaat yang akan diperoleh jika memohon kerja sebagai Chef de Partie ini ialah:

Manfaat

  • Cuti 2 hari dalam setiap minggu
  • Staff & family Discount

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan senarai jawatan yang ditawarkan, KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SENARAI JAWATAN DAH MAKAN