Budaya masyarakat hari ini yang ingin memiliki kulit wajah putih, mulus dan berseri-seri dalam jangka masa yang cepat semakin membimbangkan. Oleh hal yang demikian, banyak produk kosmetik lahir seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara ini cukup merisaukan apabila ada pengeluar kosmetik yang menggunakan bahan-bahan terlarang dan boleh memudaratkan pengguna. Namun, obsesi pengguna yang ingin cantik dengan cepat membuatkan mereka lupa tentang aspek keselamatan dan akhirnya memdapat penyakit kronik yang berpunca daripada diri sendiri.