11 Panduan 'Do's & Don't" Semasa Mengundi Masa Hari PRU14 Nanti
# Trending Semasa

11 Panduan 'Do's & Don't" Semasa Mengundi Masa Hari PRU14 Nanti

post by Izuan

by Izuan

Apr 22, 2018
pada 3:35 AM

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh  9 Mei ini merupakan hari penentu untuk kita semua di mana hari mengundi Pilihan Raya Umum (PRU14) jatuh pada tarikh tersebut. Bagi yang pertama kali mengundi pasti masih belum lagi tahu peraturan-peraturan secara terperinci. 

Ada pantang larang dan cara yang betul, nampak mudah tapi silap sikit dah jadi undi rosak, jadi kalau tak nak undi anda ditolak mentah-mentah, disini ada beberapa panduan 'do's & don't' semasa mengundi pada hri PRU ke 14, 9 Mei nanti.

Sebelum Keluar Mengundi :

1. Jangan Pakai Cat Kuku!

Bagi kaum wanita, ini adalah dilarang sama sekali! Secara rasionalnya, kalau anda pakai cat kuku, dakwat yang disapukan mudah akan mudah dibuang dengan 'nail polish remover' jadi, tiada dakwat kekal di kuku anda berbanding dengan kuku biasa yang ada kesan biru. Ia boleh menyebabkan berlakunya penipuan semasa pilihan raya dimana orang akan mengundi lebih daripada sekali. 

Bagaimanapun, pada 2008 sebelum PRU12 bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat kenyataan warna semulajadi seperti inai dibenarkan.

2. Berpakaian Kemas!

Kalau boleh, cuba ketepikan pakaian tersedah, seluar pendek, baju tiada lengan buat sementara waktu, pakai t-shist dan seluar panjang bagi orang lelaki, dan berpakaian sopan bagi wanita. Biasanya, pusat mengundi ini dilakukan di bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah menengah. Pasti anda tahu etika pakaian jika mahu ke tempat sebegitu kan? 

3. Jangan Sesekali Pakai Baju Yang Ada Logo Parti!

Kalau masa berkempen, teprulanglah nak pakai apa. Tapi pada hari mengundi jangan cuba-cuba buat kerana, Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, berbuat demikian boleh didenda sehingga RM5,000 atau menghadapi hukuman penjara setahun, jika didapati bersalah. Jika anda benar-benar mahu berbuat demikian, anda perlu berada sekurang-kurangnya 50 meter dari stesen mengundi.

Semasa Mengundi

5. Jangan Main Handphone

Ini bagi mengelakkan sebarang kebocoran berlaku, kemungkinan anda boleh dihalau/dikenakan tindakan jika bermain handphone. Sistem penjagaan agak ketat, jadi kalau rasa nak kemaskini insta story gambar dakwat di kuku tu, buatlah lepas habis mengundi.

6. Jangan Bawa Keluar/Masuk Kertas Undi!

Jangan bawa masuk, keluar kertas yang anda nak pangkah tu, sebab anda boleh dituduh membuat undian banyak! Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, andaboleh dipenjara sehingga 2 tahun atau didenda tidak lebih daripada RM5,000, jika didapati bersalah.

7. Gunakan Kertas Yang Bersih Sahaja!

Faham maksud undi rosak? Selain daripada pangkal lebih daripada satu parti atau gunakan 'tick', kertas yang ada kesan conteng juga merupakan satu kertas yang dikira undi rosak! Jadi, kalau ada kesan-kesan seperti diatas, beritahu pegawai bertugas dan minta yang baru.

8. Pastikan Kertas Ballot Ada Nombor Siri

Untung mengelakkan kertas undi itu palsu, semak dikertas tersebut dan pastikan ada serial number. Sama juga, bertitahu kepada pegawai bertugas dan minta baru, oh ya! Jika anda nak tukar atas sebab maslaah diatas, pastikan pegawai tersebut koyakkan didepan mata anda!

9. Hanya Tanda 'X' Yang Boleh! Bukan 'Tick'!

Anda akan terima 2 jenis undi iaitu, Parliment dan Dewan Undangan Negeri, Setiap undian haruslah satu tanda sahaja dan pastikan ianya 'X'! Didalam kotak yang disediakan.

10. Habis Undi, Terus Pergi! Jangan Menunggu!

Selepas anda membuat undian, pastikan anda segera keluar stesen. Menunggu seseorang di sekitar  50 meter dari stesen mengundi adalah bertentangan dengan undang-undang.

Semua orang tertakluk kepada perkara ini walaupun anda sedang menunggu ibu bapa atau adik-beradik anda. Sekiranya anda didapati bersalah, anda boleh didenda sehingga RM5,000, dipenjarakan sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

11.  Jangan Terima Makanan & Minuman Daripada Orang Tak Dikenali

Sebelum atau selepas undi, pastikan anda tidak menerima apa-apa bentuk hadiah, makanan atau wang daripada orang asing kerana ia boleh dianggap sebagai rasuah atau undi membeli. Mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:

"... dan setiap pemilih atau pengundi yang secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman, atau penyegaran atau peruntukan atau apa-apa wang atau tiket sedemikian atau yang mengguna pakai cara atau peranti lain sedemikian untuk membolehkan pengadaan makanan, minuman, penyegaran atau penyediaan itu salah "

Sumber : Feedme.com.my