Dari Ratusan Ke Ribuan ‘Views’, Gadis Ini Kongsi Cara Naikkan Engagement di IG. Takpayah Keluarkan Duit Pun
# Trending Semasa

Dari Ratusan Ke Ribuan ‘Views’, Gadis Ini Kongsi Cara Naikkan Engagement di IG. Takpayah Keluarkan Duit Pun

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 11, 2021
pada 10:39 PM

Sekarang ni memang trend ramai orang menggunakan platform sosial media mereka se-maksima mungkin untuk berniaga. Dari sekecil perkhidmatan hingga ke sebesar barangan untuk dijual, peniaga menggunakan medium ini bagi mendekati bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada mereka. Dari Ratusan Ke Ribuan ‘Views’, Gadis Ini Kongsi Cara Naikkan Engagement di IG. Takpayah Keluarkan Duit Pun.

Tapi korang tahu tak, sejak akhir akhir ini pun platform sosial media dah banyak menukar polisi dan cara mereka ‘show’ status atau post yang korang muat naik di akaun korang. Sebab tu korang akan nampak, dulu post ramai je view atau like, sekarang, susah sangat nak dapat reach yang baik.

Mungkin pada orang biasa, itu takmenjadi masalah, tapi kalau korang dah mula gunakan ia untuk berniaga, korang akan rasa terkesan dengan perubahan ini. Jom ikuti perkongsian dari gadis ini, macam mana nak naikkan views di IG korang taknpa perlu guna duit pun.

 

#1 IG Story- Poll Feature

Ini adalah feature yang terbaru dalam IG dan sangat powerful. Kalau korang tengok, memang ramai kawan yang berniaga gunakan feature ini sebab IG secara taklangsung akan naikkan post yang menggunakan feature ini. Lihatlah perkongsian dari beliau, walaupun followers ada 3 ribu sahaja, tapi boleh dapat views sampai 1 ribu orang. Lebih 30% tengok tu.

#2 Selang selikan poll dengan info niaga

Sebab views akan banyak bila guna poll, korang gunakanlah peluang ini untuk selitkan info produk yang korang jual. Barulah orang view tak bosan

 

Tengok ni kalau tak guna poll, viewers terus jatuh merundum :(

#3 IG Story- Quiz

Tidak sepower poll, tapi berbaloilah jugak. Kalau guna poll boleh dapat 1k views, bila guna quiz dapat dalam 10% dari jumlah followers sahaja. Dapatlah dari takde langsung kan.

#4 Kalau gunakan IG untuk berniaga, buat content yang orang rasa nak ‘save’

Zaman like atau komen ni dah berakhir. Sekarang ni engagement kita lebih adalah sejauh mana content tu buat audience rasa tertarik nak terus membaca.

Tips diatas dikongsi oleh @nazurah_ar di akaun Twitter beliau.

Nak tahu tips untuk RM1K di IG dengan modal RM60? KLIK SINI UNTUK TIPS