3 Budaya Kerja Yang Semakin 'Pupus' Pada Abad Ke-21 Ini, Setujuk Tak?
# Pengetahuan Pekerja

3 Budaya Kerja Yang Semakin 'Pupus' Pada Abad Ke-21 Ini, Setujuk Tak?

post by Izuan

by Izuan

Sep 22, 2017
pada 6:27 AM

Masa makin berjalan dan zaman sudahpun berubah sedikit demi sedikit, era generasi Baby Boomers hinggalah Gen-X sudah pun berubah. Namun perubahan terhadap zaman-zaman ini tidak banyak perbezaannya. Tetapi, zamana Millenia (berumur dari 19 hingga 35 tahun) ibarat satu transformasi besar daripada pelbagai sudut termasuklah dari segi budaya dalam dunia pekerjaan yang dinamik. 

Boleh dikatakan hampir keseluruhan pekerja baharu kini merupakan Millenia. Disebabkan generasi  Baby Boomers hampir pupus (bersara), budaya lama di tempat kerja juga turut menyusul, kebarangkalian untuk para Millenia mendominasi bahagian pengurusan kerja lebih tinggi.

Dengan kadar purata generasi Millenia yang semakin meningkat, kami ramalkan pasti akan berlaku perubahan yang begitu ketara di tempat kerja bermula dari tahun 2017 ini.

Ada syarikat yang sudahpun mengamalkan budaya gaya millenia. Disini adalah beberapa jenis budaya tipikal ditempat kerja yang akan pupus sedikit demi sedikit bermula 2017.

1. Email Bukan Lagi 'Tool' Utama Untuk Berkomunikasi

Biasanya dalam kerja kita akan didaftarkan akaun email syarikat supaya mudah untuk kita berkomunikasi sesama sendiri mengenai perihal kerja. Kami yakin millenia sekarang gunakan email hanya sebab tertentu sahaja.

Mereka lebih gemar menggunakaan aplikasi mudah alih seperti What's App, jadi sikap sebegini akan terbawa-bawa di tempat kerja. Mereka lebih gemar berkomunikasi dengan platform yang paling mudah (instant message, live chat) selain daripada sosial media dan secara lisan. Email membuatkan mereka jadi rimas, pendek kata kata ada perkara berkaitan dengan mereka atau penting beru mereka layan.

2. Ruang Pejabat Yang 'Tradisional' Akan Pupus

Rekaan ruangan dalam pejabat yang klise akan membuatkan para milenia cepat bosan dan mudah tertekan. Rekaan 'kuno' seperti kerusi meja yang ada 'partition' itu boleh pasti menjejaskan prestasi kerja mereka. Millenia sukakan ruang yang luas agar tidak menghalang pemandangan dan mudah untuk berkomunikasi. Kerja mengahadap komputer, fokus sepanjang masa tidak berkesan untuk menaikkan prestasi millenia.

Steve Jobs memulakan konsep pejabat kerjasama di Pixar dengan menyatukan ahli-ahli sains komputer, animator, dan eksekutif dalam satu bangunan. Hasilnya, mereka bekerjasama dan memberikan pendekatan yang lebih unik untuk menyelesaikan masalah dan berkongsi idea dengan lebih kerap. 

Pemimpin perniagaan moden mengambil pendekatan serupa dengan reka bentuk tempat kerja dengan menghapuskan bilik dan jabatan bagi membolehkan ruang mesyuarat terbuka dan ruang duduk. Pejabat terbuka lebih baik dan menggalakkan lebih banyak interaksi antara pekeja. Cara ini akan lebih baik dalam penyelesaian masalah, kerjasama yang lebih pantas, dan pembangunan masyarakat

3. Waktu Pejabat Yang Ketat Dah Lapuk

Ramai millenia sekarang lebih fokuskan kerja freelance daripada kerja tetap, ini kerana waktu kerja yang bebas dan gaya yang bebas. Teknologi juga meransang waktu berususan 9 ke 5 petang sebagai waktu yang tak relevan pada zaman kini.

Kebanyakkan syarikat dibawah kelolaan generasi Millenial akan mewujudkan persekitaran pekerja yang lebih fleksibel. Mereka manfaatkan teknologi yang ada untuk bekerja pada masa yang ditempat yang terbaik bagi diri mereka. Pendek kata buatlah kerja dimana, bila-bila waktu janji kerja siap dan menepati deadline yang ditetapkan.

Tidak seperti zaman Baby Boomers dan Generasi X yang boleh dikatakan sudah 'kuno' yang terikat dengan peraturan dan protokol.