4 Cara Tidur Ini Boleh Selamatkan Anda Jika Anda Pesakit Covid
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 Cara Tidur Ini Boleh Selamatkan Anda Jika Anda Pesakit Covid

post by MJ

by MJ

Aug 2, 2021
pada 3:28 PM

Seperti mana kita tahu, apabila musim pandemik ini maka ramailah yang akan berkongsi tips-tips atau nasihat untuk pulih dari penyakit covid ini. Tetapi tahukah anda jika anda pesakit covid ini merupakan antara cara tidur untuk menggalakkan lagi proses pemulihan daripada penyakit covid. 

Seperti yang dikongsi di dalam tiktok oleh seorang doctor bernama Dr Naveed Iqbal berasalah dari England ini. Dia memberikan 4 tips cara tidur jika anda merupakan salah seorang pesakit covid. Dikenali di tiktok sebagai doctor yang kerap berkongsi ilmu tentang covid-19 ini, kini Dr Naveed mempunyai lebih daripada 67,000 pengikut di laman media sosial TikTok. 


 

Seperti yang kita tahu apabila covid menyerang, tubuh badan kita akan bertindak balas keatas virus didalam badan kita ini. Tindak balas yang sering berlaku adalah, tubuh badan kita akan meningkatkan suhu untuk bantu melawan virus ini. Oleh itu, jika diri kita demam berserta suhu lebih daripada 37.5, itu adalah satu yang biasa akan berlaku. Akan tetapi, kita perlu ingat bahawa virus ini bukan hanya akan menyebabkan kita demam malah, kita mungkin juga akan mengalami komplikasi seperti sesak nafas serta menyebabkan radang. Kondisi ini dipanggil Pneumonia dan akan mengganggu pertukaran diantara oksigen dan karbon dioksida serta boleh membawa maut jika dirawat.

Antara salah satu cara untuk meningkatkan kadar oxygen di dalam tubuh badan kita adalah dengan tips tips semasa kita tidur seperti yang akan dikongsi dibawah ini. 








Video penuh di sini : tiktok.com/@dr.naveedbey

 

 

Tidur Meniarap Boleh Bantu Tingkatkan Kadar Oxygen?

Antara kajian yang telah dilakukan oleh pakar perubatan di Wuhan China, para penyelidik mendapati bahawa berbaring menghadap ke bawah lebih baik untuk paru-paru. Kajian ini adalah gambaran pertama tentang tingkah laku paru-paru pada pesakit dengan COVID-19 yang teruk yang memerlukan pengudaraan mekanikal dan menerima tekanan positif, ”kata Dr. Qiu, profesor, Jabatan Perubatan Kritikal, Hospital Zhangda. Hasil kajian mendapati  "Ini menunjukkan bahawa sebilangan pesakit tidak bertindak balas dengan baik terhadap tekanan positif yang tinggi dan lebih baik bertindak balas terhadap posisi rawan di tempat tidur (menghadap ke bawah) kata Dr. Qiu. Oleh itu kita lebih digalakan untuk baring secara meniarap untuk tingkatkan kadar oxygen di dalam tubuh kita. 

Tulisan : @lia