Sibuk Dengan First Impression, 4 Habit Ni Perlu Disingkirkan Sama Sekali - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Sibuk Dengan First Impression, 4 Habit Ni Perlu Disingkirkan Sama Sekali - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 3, 2016
pada 9:03 AM

Bila cakap pasal interview je, nasihat utama korang akan dapat daripada kebanyakan orang mesti lah first impression kan? Sibuk sangat dengan first impression sampai korang lupa 4 habit ni yang perlu dibuang sama sekali :

1. Body Language tak seberapa

Lupakan first impression yang selalu merisaukan korang setiap kali nak hadir untuk interview. Number 1 tip untuk korang alert adalah body language! Postur tubuh badan & momentum korang boleh berjabat tangan dengan interviewer kena selalu jaga. Perkara-perkara begini sering diabaikan oleh kebanyakan Job Seekers di luar sana. Haa melalui postur tubuh badan korang pun boleh nyatakan positif atau negatif vibe. Jadi mula lah praktis untuk sentiasa senyum & tunjukkan postur badan yang bersesuaian waktu interview nanti!

 

2. Kritik orang no 1

Perkara yang paling pantang korang tak patut buat waktu interview. Jangan sesekali kritik syarikat-syarikat yang pernah korang kerja sebelum ini. Disebabkan korang nak yakinkan interviewer supaya menerima korang bekerja, mula lah kritik kenapa tak best kerja di syarikat X, Y & sebagainya. Walaupun korang lalui kenangan yang pahit sebelum ni, mengkritik hanya lah akan buat interviewer tak suka dengan pembawakan korang.

 

3. Menyampuk je kerja

Terlampau excited nak pergi interview di syarikat idaman korang, asyik nak menyampuk je perbualan interviewer. Perbuatan sangat lah biadab walaupun niat korang hanya nak berinteraksi dengan interviewer. Ada caranya kalau nak berinteraksi sekali pun. Cuba biar dia habis bercakap dahulu baru lah korang sambung. Dengar dahulu apa yang interviewer nak katakan, hormati apa yang mereka nak cakap.

 

4. Mengelak dari eye contact

Ada pula Job Seekers yang terlampau nervous, sampai elak nak buat eye contact dengan interviewer. Haa salah tu, melalui eye contact lah interviewer akan nilai samada korang ni betul-betul serious nak bekerja di syarikat tersebut atau sebaliknya. Sentiasa engage eye contact dengan interviewer supaya dapat yakinkan mereka yang korang betul-betul layak untuk jawatan kosong.