Hari-Hari Pergi Kerja Kulit Kusam Je.. 4 Makanan Favorite Korang Ni Sebenarnya Merosakkan Kulit! - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Hari-Hari Pergi Kerja Kulit Kusam Je.. 4 Makanan Favorite Korang Ni Sebenarnya Merosakkan Kulit! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 22, 2016
pada 1:10 AM

Sampai je hari minggu, macam-macam aktiviti akan korang rancang untuk habiskan masa sebelum kembali semula ke rutin hari bekerja. Ada yang meluangkan masa bersama keluarga, lepak bersama rakan-rakan, short vacation atau ada juga yang luangkan masa hujung minggu di rumah, bersantai. Bila dah ada masa terluang, mula lah korang buat perkara-perkara yang tak dapat dibuat kerana sibuk bekerja di hari-hari biasa. Jadi, pada hari minggu ni lah korang akan manjakan diri kan, pergi spa, jogging, buat facial, pergi gym, food hunting & sebagainya.

Ni kami nak share, jenis makanan yang boleh merosakkan kulit korang. Dengan kesibukan korang bekerja dah takda masa nak jaga semua benda sekaligus, jadi apa salahnya korang jaga pemakanan & pada masa yang sama bukan je badan korang sihat tapi kulit korang pun terjaga.

1. Mac & Cheese - kedut & jerawat 

Sedap je makan kan? Tapi kalau korang nak tahu, ianya tinggi dengan indeks glycemic yang mana menyebabkan kedutan dan jerawat pada wajah. Indeks glycemic adalah di mana menunjukkan nombor yang berkaitan dengan beberapa jenis makanan tertentu yang menunjukkan kesan makanan tersebut kepada tahap glukosa dalam darah seseorang.  

2. Pizza - Kolagen kulit rosak

Sedapnya pizza! Siapa tak suka makan pizza kan? Sedikit info untuk korang yang gemar makan pizza. Terbukti yang piza mengandungi kadar indeks glycemic yang tinggi. Ia sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan boleh menyebabkan masalah jerawat. Bukan itu sahaja, ia juga penyebab kolagen pada kulit rosak. 

3.  Burito – Kulit dehidrat dan kusam

 

Gabungan indek glycemic dan produk tenusu dalam burito membuatkan ia sebagai hidangan yang paling teruk untuk kulit. Kandugan sodium yang tinggi juga menyebabkan kulit lebih mudah dehidrat dan menjadi kusam. Tak salah korang nak makan tapi jangan lah selalu. Kulit kusam je bila bersiap nak pergi kerja, rupanya pemakanan pun boleh jadi salah satu punca.

4. Ramen – Seri wajah berkurang

Kandungan ramen yang tinggi sodium boleh menyebabkan kulit cepat dehidrat. Ini sekaligus menyebabkan kulit tidak anjal dan hilang seri. Haa korang suka sangat makan spicy ramen ni kan, jangan lah amalkan pemakanan ni selalu sebab ianya boleh beri kesan pada kulit korang.