5 Benda Penting Yang Perlu Korang Semak Sebelum Terima Tawaran Kerja
# Pengetahuan Pekerja

5 Benda Penting Yang Perlu Korang Semak Sebelum Terima Tawaran Kerja

post by Aisya

by Aisya

Feb 12, 2018
pada 10:22 AM

Kalau korang dapat tawaran kerja, korang akan terima terus bulat-bulat ke? Atau korang jenis yang fikir dan buat penilaian dulu? Haa kalau kroang nak tahu, membuat penilaian tentang tawaran sesuatu kerja tu merupakan perkara yang sangat penting kerana keputusan yang korang akan buat ni sebenarnya mempengaruhi masa hadapan korang jugak. Antara perkara yang perlu korang amik berat ialah

1. Gaji

Duit bukanlah satu satunya perkara yang perlu dipertimbangkan, tetapi, ia merupakan perkara yang agak penting. Adakah korang memang inginkan pekerjaan ersebut dengan gaji yang ditawarkan? Adakah gaji yang ditawarkan tu mampu untuk bayar tunggakan bil dan komitmen korang? Kalau tak, tolak terus tawaran tersebut tanpa perlu berfikir panjang.

Pastikan korang dibayar setimpal dengan kerja korang tu.

2. Kelebihan dan Faedah

Korang juga perlu tengok apa kelebihan serta faedah tentang tawaran yang diberikan. Sekiranya anda tak begitu pasti dengan kelebihan yang ditawarkan, jangan ragu ragu untuk bertanya. Korang juga kena mengambil tahu soal insurans kesihatan dan nyawa, jumlah cuti serta program-program yang lain. Tapi yang paling penting sekali ialah EPF serta SOCSO.

3. Waktu kerja dan travel

Korang kena amik tahu tentang jadual kerja korang dan berapa lama korang perlu bekerja dalam sehari tu. Korang juga kena amik tahu sama ada korang perlu bekerja di luar kawasan atau tak.

Korang juga perlu mempertimbangkan masa yang korang habiskan untuk pergi dan pulang waktu bekerja. Adakah banyak masa yang akan terbuang sewaktu korang ulang alik ke tempat kerja serta adakah korang perlu membayar tiket parking?

4. Fleksibiliti 

Selalunya, pekerja yang ada anak kecil ataupun yang tinggal dengan orang tua mereka,mereka ingin jadual kerja mereka lebih fleksibel.

Tapi untuk sesetengah orang, keupayaan untuk memenuhi waktu kerja sebenarnya sesuatu sangat penting. Sebenarnya ianya sangat penting untuk korang berasa selesa dengan persekitaran yang akan korang bekerja nanti.

5. Masalah Peribadi 

Tak dinafikan bahawa semua orang ada masalah peribadi mereka sendiri. Kadangkala kerja yang bagus untuk korang tu boleh jadi kerja yang sangat teruk untuk sesetengah orang. So korang perlu ambil sedikit masa untuk tengok kelebihan dan keburukan sesuatu tawaran itu. 

Kadang kala korang juga perlu dengar dan ikut kata hati, jika korang rasa ada benda yang tak kena, jadi lebih baik korang fikirkan terlebih dahulu. Semoga tips bagaimana untuk menilai tawaran sesuatu kerja ini dapat membantu korang memilih kerjaya dengan lebih baik demi masa hadapan yang lebih baik.