5 Fenomena Yang Berlaku Di Media Sosial Bila Bulan Puasa
# Trending Semasa

5 Fenomena Yang Berlaku Di Media Sosial Bila Bulan Puasa

post by Izuan

by Izuan

May 21, 2018
pada 8:07 AM

Dah tiba bulan yang dinanti-nantikan. Selamat menyambut bulan Ramadhan kesemuanya! Ada yang nantikan bulan ini untuk nak pergi ke bazar, ada juga yang nantikan saat ini untuk berbuka puasa beramai-ramai satu keluarga, ada yang nantikan saat ini untuk beribadah, semua ada tujuan masing-masing, betul tak? Bulan puasa ini setahun sekali je dan pada bulan ini lah akan jumpa 5 topik hot ini. 

Topik-topik hot ini hanya akan muncul setahun sekali je jadi pada yang rindu untuk berjumpa dengan 5 perkara ini, jom kita baca sama-sama. Ada yang dah fikir nak berbuka apa hari ni?

1. Berlumba-lumba update makanan berbuka

Ini adalah game setiap kali menjelang Ramadhan.Tepat pukul 7 macam tu, masing-masing dah bersedia dengan smartphone di tangan masing-masing dan sudah duduk di meja makan. Benda first nak buat adalah ambil gambar makanan dan touch up filter sikit lepas tu post dekat social media. Amboi berlumba-lumba makanan siapa paling banyak dan sedap ye?

 

2. Share location bazar yang best dan happening

Rakyat Malaysia ni memang suka betul dengan makanan. Pasal makanan ni tak perlu nak susah fikir, sebab mamak buka 24 jam betul tak? Bulan puasa ni lagi lah meriah bagaikan ada festival makanan je. Masing-masing tidak akan lepaskan peluang untuk pergi ke bazar ramadhan dan beli makanan yang jarang nak jumpa. 

Bila dah jumpa bazar yang best dan makanan sedap-sedap mesti share location dekat twitter dengan orang lain. Tipu lah kalau korang tak buat macam ni bila bulan puasa.

 

3. Viral penjual di bazar yang ayu dan comel

Ini salah satu "daya penarik"  buat rakyat Malaysia yang single ke bazar ramadhan. Agenda pertamanay nak cuci mata dan cari makanan tu letak nombor 2. Kalau penjual tu cantik dan handsome ke, mesti korang akann terus beli betul tak? Amboi!

 

4. Sahur, sahour, soq, iftar

Ini fight yang akan berkekalan sampai lah ke tahun berapa pun. Ada yang akan panggil sahur macam biasa. Bagi orang utara pula panggil "soq" atau yang lebih hipster dia akan panggil "sahour". Itu kalau sahur, kalau berbuka pula ada yang sudah terbiasa panggil "iftar", untuk rasa seperti pak arab sangat. Apa-apa sahaja lah, asalkan maksudnya tetap sama.

 

5. "Puasa tapi....."

Ini yang memang akan sentiasa berlegar dekat timeline korang. Masing-masing acah suci dan mula lah berdakwah secara sinis terhadap orang lain seakan dia suci daripada dosa. Bila nampak perempuan tak pakai tudung, mula lah cakap "puasa tapi tak tutup aurat baik berbuka je terus." Ataupun bila nampak orang buat salah sikit terus nak hukum. Alahai, jangan lah macam ni. Kalau nak tegur lakukan secara privasi.