5 Koleksi "Soalan Maut" Ketika Temuduga & Cara Menjawabnya!
# Pengetahuan Interview

5 Koleksi "Soalan Maut" Ketika Temuduga & Cara Menjawabnya!

post by null

by Admin

Mar 20, 2016
pada 3:41 PM

Perasan tak ketika sesi temuduga akan ada beberapa "soalan maut" yang bakal ditanya oleh si penemuduga. Kadang-kadang, boleh mati akal dibuatnya. Kali ini, kami dah spot soalan-soalan maut untuk korang. Apa kata study dulu sebelum temuduga esok!

Anda terlalu muda untuk posisi ini

1_1445862756

Tuan, kerana saya masih muda, maka komitmen saya belum banyak. Saya boleh beri lebih masa dan tenaga untuk menjalankan tanggungjawab jawatan ini dengan lebih baik berbanding berumur. Saya percaya, jika saya belum berpengalaman, maka saya boleh menyerap dengan lebih baik matlamat dan wawasan syarikat. Jika saya mempunyai pengalaman yang lama di tempat lain, mungkin saya akan terikut budaya kerja lama yang tidak semestinya sama dengan budaya di Syarikat Tuan.

Gaji yang kami boleh tawarkan lebih rendah dari gaji awak sekarang

interview-1

Tuan, saya tidak mempunyai hutang yang banyak, beza gaji yang sedikit boleh saya hadapi kerana posisi ini saya rasakan lebih sesuai dengan kemahiran saya dan saya lihat syarikat Tuan menjanjikan peluang bagi saya memajukan diri lebih dari jawatan saya sedia ada.

Anda tidak layak untuk jawatan ini

tumblr_n8eop0Z6xg1tgz6g5o1_500

Tuan, sebelum saya dipanggil temuduga, saya mengisi borang dan menghantar resume saya. Saya percaya saya memenuhi syarat asas bagi jawatan ini yang membolehkan saya di panggil ke temuduga ini.

CGPA anda rendah berbanding calon lain

tumblr_lr9ch5ShZw1qk33abo1_r1_500

Saya percaya universiti yang berbeza menilai pelajar mereka dengan cara yang berbeza. Perbezaan yang sedikit dengan calon lain tidak menunjukkan saya kurang cemerlang daripada mereka, tapi hanya menunjukkan kami dinilai dengan cara yang berbeza.

Apa tajuk utama akhbar hari ini? (Dalam keadaan anda tak baca akhbar)

giphy

Kebiasaannya saya baca akhbar pada waktu petang, supaya saya ada masa untuk fokus pada berita, dan malamnya pula saya akan dengar berita itu diulang di televisyen. Untuk hari ini saya belum baca akhbar. Tapi saya sempat dengar/baca