5 Prinsip Pasal Kerja Ini Sebenarnya Tak Pernah Betul, Jangan Percaya Sangat!
# Pengetahuan Pekerja

5 Prinsip Pasal Kerja Ini Sebenarnya Tak Pernah Betul, Jangan Percaya Sangat!

post by Izuan

by Izuan

Nov 13, 2017
pada 11:44 AM

Admin dah banyak share pasal tips kerja dan interview apa, tapi tak ada pun share pasal tips kerja yang mitos belaka. Ada tau tips mitos yang sampai sekarang orang percaya tapi sebenarnya tak betul pun. Korang ni je terlalu percaya sangat. Haha..

1.Work hard tak boleh balance dengan family

Selalu terdengar kalau nak kerja jawatan tinggi, gaji besar mesti tak boleh bagi komitmen pada keluarga. Jadi ramai akan nasihat, pilih antara kerjaya atau keluarga. Tak akan ada orang  yang mampu imbangkan dua-dua ni.

Sebenarnya diorang salah. Siapa kata kalau nak kerja hebat nanti keluarga tak terjaga. Itu cuma alasan untuk mereka yang tak nak berkorban. Cuba tengok Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, punya empayar perniagaan yang makin berkembang, memonopoli perusahaan kosmetik Malaysia dan masih boleh menguruskan keluarga dengan teratur sekali. Jadi siapa kata kalau nak kerja besar nanti tak boleh uruskan anak?

Apa yang penting adalah nilai disiplin diri yang tinggi. Segala kerja tinggalkan di office, bila balik rumah adalah masa untuk berehat bersama keluarga. Ingat, keluarga  ni lah yang akan bantu saat korang dalam kesusahan. Jadi jangan abaikan.

2. Lulusan tinggi baru dapat kerja

Kalau tak ada degree tak laku la nak minta kerja nanti. Majikan sekarang pandang lulusan tinggi je dari universiti hebat. Siapa kata? Masih ada pelajar lulusan degree ataupun master yang masih menganggur. Dan mereka yang tiada lulusan tinggi pula ada yang sudah dapat kerja. Tak semestinya kalau ada degree dalam tangan, daripada universiti terkemu pula sudah semestinya akan dapat kerja.

Ingat, masing-masing ada rezeki masing-masing. Semua itu adalah plus point untuk naikkan lagi peluang korang diterima bekerja. Bagi mereka yang tidak berlulusan tinggi, jangan risau, asahkan diri korang dengan skill-skill yang demanding pada masa sekarang. Cari pengalaman sebab pengalaman itu lah yang menentukan status korang di mana. 

3. Jangan tanya bila boleh naik pangkat

Tak tahu kenapa ramai orang berprasangka yang kalau nak naik pangkat atau gaji jangan sesekali tanya bos. Kenapa pula tak boleh tanya? Perlu diingatkan juga prestasi kerja sememangnya salah satu faktor korang dinaikkan jawatan tapi tanpa pertanyaan tak akan juga tercetus perkara tu kan? Cuba berbual dengan bos bila dia senang dan naikkan topik itu bila koranag memang betul-betul rasa korang yakin dan layak untuk dinaikkan pangkat.

Kalau daha bertahun kerja, masih tak dinaikkan gaji walaupun prestasi kerja korang hebat tak jadi juga. Iyelah, awal tempoh kerja dulu dah janji kenaikkan gaji berdasarkan performance tapi sekarang tak ada pun. 

Jadi cuba untuk cari masa dan tempat yang sesuai untuk bertanyakan hal itu pada bos. Kalau korang lambat bertindak orang lain akan sambar dulu jawatan tu. 

4. Jangan ikut passion dengan alasan kerja susah nak dapat

Hmm... ini lagi satu. Orang selalu pesan kalau nak dapat kerja cepat jangan terlalu ikutkan passion sangat. Apa yang korang belajar dan minat tak menentukan kerjaya korang pada masa depan. Okay korang kena  tahu tak ada salah untuk ikut haluan yang korang minat. Siapa yang cakap tu sebenarnya cemburu je. 

Kalau minat korang melukis, teruskan jadi pelukis. Biar apa yang orang kata jadi pelukis tak menentukan gaji lah, apa lah, biar je. Teruskan kejar minat korang. Minat melukis tu sangat meluas, macam-macam kerja korang boleh mohon. Dan pada yang belajar kos tinggi-tinggi macam engineer tapi last-last nak kerja dekat cafe je bancuh kopi. Kalau itu minat korang apa salahnya.

Tahu tak, kerja barista ni gaji dia tinggi tau. Kerja ni menguji kretiviti korang dalam menghias kopi dan sebagainya. Jadi barista bukan setakat bancuh kopi, kena tahu suhu yang tepat, kuantiti etc. Boleh jadi coffee expert tau!

5. Jangan pernah cakap 'NO' pada bos

Orang kata kalau nak kerja lama jangan sesekali tolak permintaan bos. Dia memang seorang bos tapi itu tidak membawa maksud segala pendapat dia adalah betul. Itulah gunanya korang sebagai pekereja dia untuk sama-sama beri nasihat dan fikirkan penyelesaian yang terbaik. Kalau dah memang terang-ternag dia salah, korang boleh saja katakan tidak pada bos. 

Jangan jadi 'YES MAN' sepanjang masa je. Cuba kalau bos kata "awak tak boleh balik awal harini, siapkan kerja malam ni juga." Senang je dia arahkan macam tu, dah la over time pun tak bayar, berhempas-pulas siapkan kerja sampai tengah malam, keluarga kat rumah dah tertunggu-tunggu. Teruskan kata 'No' pada bos korang kalau terlebih sangat.

Ingat ye, korang bekerja untuk dia dan dibayar gaji, bukannya hamba.