Search

Kategori

    5 Trick Hebat Microsoft Power Point Untuk Nampak Lebih Pro Dan Mahir

    Aisya
    by Aisya
    Jul 17, 2017

    "Alahai, hujung bulan ni mesti bos nak suruh bentangkan work performance semua. Kalau bulan lepas dah turn officemate lain mesti kali ni kena buat pula. Macam mana ni?" Haa, bila bos dah minta baru nak tercari-cari jalan nak siapkan kerja kan? Lagi susah bila korang bukannya expert sangat bab gunakan Microsoft Presentation ni tapi hati berkobar-kobar nak beat officemate lain yang power. Jadi macam mana ni?

    Okay korang boleh ikut 5 tips & tricks menggunakan Microsoft Presentation ni agar slides korang lebih cool dan gempak dari lain. Tak ada lagi slideshow yang bosan warna putih je dengan penuh bullet point sampai lah ke slide yang terakhir. Bila korang dah mahir ni jangan kedekut kongsi dengan kawan tau.

     

    1. Mulakan presentation serta merta tanpa perlu klik mana-mana butang

    Selalu kan bila nak mulakan presentation gelabah suruh seorang lagi kawan stanby tepi laptop untuk nak tekan 'START SLIDESHOW' je. Okay ada trick berguna di sini yang tak ramai tahu, jadi korang ni kira terawal lah tahu. Kalau nak file presentation korang tu automatik play sendiri, namakan file tersebut dengan tambah ".PPS" atau ".PPSX. Ianya bererti PowerPoint Show, jadi bila dah double-click akan terus terpasang slideshow. Mudah kan?

     

    2. Ada gunakan butang "W" dan "B" sewaktu presentation

     

    Slides ni adakah pertolongan untuk korang nak jelaskan apa info yang nak disampaikan, bukannya sebagai sesuatu yang menganggu pembentangan korang. Ada masanya korang nak slides korang tu terus blackout sebab nak penonton fokus pada diri korang, betul tak? Kalau korang tengah explain dan orang lain baca slides korang dekat belakang rasa macam tak best kan? Okay korang hanya perlu klik butang "B" untuk malapkan skrin serta butang "W" kalau nak kembali bercahaya.

     

    3. Langkaui bullet-point

    Korang kena ikut jejak langkah Steve Jobs bila dia buat presentation. Mana ada dah guna kaedah bullet point, buang semua bullet point tu dan terangkan setiap point satu persatu. 

     

    4. Korang boleh gerakkan carta tahu tak?

    Biasalah kalau nak bentangkan kerja mesti akan menggunakan carta atau graf ke kan? Bosannya kalau graf tak bergerak macam tu je, betul tak? Okay korang boleh gerakkan carta korang tu dengan menggunakan aplikasi "animation". 

    Selepas korang dah masukkan carta, KLIK ANIMATION TAB dan turn on ANIMATION PANE. Klik pada ADD ANIMATION dan pilih effect apa yang dimahukan. Di ANIMATION PANE, right click dan pilih EFFECT OPTIONS. 

    Akhir sekali, di CHART ANIMATION, tukarkan GROUP CHART dari "AS ONE OBJECT" ke "BY CATEGORY". Korang kena cuba dahulu baru nak coolnya tips ni.

     

    5. Gabungkan bentuk untuk cipta bentuk baru

    Alah bosannya asyik-asyik guna bentuk bulat, petak je. Tak boleh ke create bentuk yang rare sikit? Boleh je cuma korang yang tak sedar tips ni. Korang boleh campur dan cantumkan bermacam bentuk untuk menjadikannya satu bentuk unik. Macam mana? Okay, korang hanya perlu masukkan bentuk apa yang dimahukan dan kemudian klik kesemuanya. Bila dah tekan, klik pada DRAWING TOOLS>FORMAT TAB dan gunakan MERGE SHAPE MENU untuk cantumkan.

    *Sumber: PC Mag

    Blog

    Harga murah, lagi-lagi kalau movie baru siapa yang tak nak? Ditambah lagi movie sekarang tengah best-best, sudah semestinya kami disini nak war-warkan kepada korang semua yang TGV Cinemas sekarang dah buat hal!

    Jan 16, 2018

    PTPTN ni satu hutang memang sudah menjadi tanggungjawab korang untuk langsaikan. Perlu difikirkan juga keperluan generasi yang akan datang untuk menyambung pelajaran, kerana mereka juga perlukan pinjaman kewangan. 

    Jan 13, 2018

    Ramai yang merungut memandangkan Whatsapp tidak boleh menyembunyikan status online apabila data dihidupkan. Tapi sekarang tidak lagi! Pengguna Whatsapp dah boleh hide status online tau!

    Jan 10, 2018

    Jumlah RM 1.06 itu boleh dikatakan banyak juga jika kita kerap melakukan transaksi. Boleh mengganggu kewangan kita tau

    Jan 11, 2018

    Zaman sekarang makin canggih, semua benda boleh buay DIY je, cuma rajin atau tak je. Misalnya, macam nak buat gambar passport sendiri, tak perlu susah-susah nak ke kedai bayar mahal-mahal untuk beberapa keping.

    Jan 15, 2018