7 Cara Pemakaian Beg Ni Semuanya Ada Kaitan Dengan 'Character' Diri Sebenarnya! Korang Yang Mana?
# Gaya Hidup

7 Cara Pemakaian Beg Ni Semuanya Ada Kaitan Dengan 'Character' Diri Sebenarnya! Korang Yang Mana?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 10, 2019
pada 8:17 AM

Tahu tak yang cara korang membawa beg sebenarnya mendedahkan personaliti korang yang sebenar. Tak ada apa yang berlaku secara kebetulan dalam hidup ni!

Benda ni bukanlah rekaan kami dekat MauKerja tapi adalah berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh pakar bahasa badan sendiri, Kathlyn Hendricks, Ph.D., telah banyak membuat penerangan tentang perkara-perkara rawak yang manusia buat sebenarnya mendedahkan sikap sebenar seseorang dan salah satunya adalah berkaitan cara seseorang membawa beg. 

Nak tahu apa maksud tersirat cara korang bawa bag dengan perangai? Teruskan membaca. 

 

Cara #1: Memakai beg di bahu sebelah sambil merapatkannya pada badan

Korang adalah jenis manusia yang praktikal, apa yang dilakukan selalunya bergantung kepada motif kenapa benda tu perlu dibuat dengan cara sebegitu. "Ini menunjukkan bahawa si pemakai mengambil berat tentang kebebasan pergerakan dan bukannya untuk tujuan mempamerkan aksesori. Orang yang membawa beg sebegini bukanlah 'burung merak,' dia hanya ingin melihat perkara tu settle," jelas Kathlyn. 

 

Cara #2: Memakai di sebelah bahu dan membiarkan beg bergerak dengan bebas

Cara selebriti ini, Jaime King memakai begnya dengan membiarkan begnya bergerak bebas menunjukkan si pemakai sebagai seorang yang memberi penekanan kepada kemudahan, keselesaan dan fungsi bukannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk, senang cerita memang jenis yang sempoi habis, asal senang nak guna. 

 

Cara #3: Dipakai secara menyilang di depan badan

Meletakkan barang aksesori di depan badan seperti Gigi Hadid seolah-olah anda menjadikannya 'senjata' atau 'pelindung' diri. "Gaya pemakaian beg sebegini menunjukkan seseorang itu  memiliki personaliti yang berjaga-jaga, introvert atau pemalu. Pandangan mata yang melihat ke bawah dan postur badan yang kelihatan agak tertunduk turut memperkuatkan lagi bukti yang pemakai beg dengan gaya ini memiliki personaliti yang defensif." Ujar Kathlyn, postur badan sebegini sering dilakukan selebriti untuk mengelakkan pertembungan dengan paparazzi. 

 

Cara #4: Memakai beg secara menyilang dengan kedudukan beg di belakang badan

Sekiranya korang memakai beg dengan cara begini dilengkapkan pula dengan gaya jalan berlangkah besar dan pergerakan tangan yang bebas, menunjukkan korang sebagai "'hero urban' yang memiliki gol yang jelas untuk dicapai. Kedudukan beg menunjukkan si pemakai sebagai seorang yang memiliki imej diri yang bebas dan mementingkan fungsi sesuatu."

 

Cara #5: Menggantungkan beg pada bahagian lengan

Beg yang dipakaikan dengan gaya ini menunjukkan kepentingan kepada status dan kedudukan, kata Kathlyn setelah melihat foto pelakon,  Emmy Rossum. "Pemakai beg sebegini secara asasnya 'menghilangkan' operasi sebenar sebelah tangan semata-mata untuk membawa beg, seolah-olah memberitahu orang ramai bahawa kamu tak perlu menggunakan kedua-dua belah tangan semasa bergerak ke mana-mana. Ini 'melawan balik' waktu ketika mana barangan seseorang wanita perlu dibawa oleh orang lain." Girl power! Cara membawa beg sebegini juga dapat mempamerkan jenama sebenar beg yang dibawa. Gaya yang elegan dan confident. 

 

Cara #6: Pegang di tangan

Kadang-kadang beg yang dibawa terlalu kecil, sampaikan memang tak ada pilihan lain melainkan untuk pegang beg tu di tangan. Tapi bagaimana pula kalau beg yang dibawa menyediakan banyak pilihan lain bagi si pemakai selain daripada dipegang seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar ni. Selebriti, Diane Kruger dilihat memilih untuk memegang beg yang dibawa dengan badan yang sedikit senget untuk menyesuaikan badan dengan berat beg. 

"Cara membawa beg sebegini tidak ubah seperti membawa beg *James Bond untuk menunjukkan kepentingan kerjayanya."

 

Cara #7: Tak pakai beg langsung

"Tidak memakai beg langsung menunjukkan taraf status tentang bagaimana cara seseorang menyelesaikan isu seharian mereka berkaitan dengan duit dan jadual. Mereka memiliki personaliti yang yakin kepada diri dan dalam masa yang sama bergantung kepada kakitangan supaya boleh jadi lebih *sempoi."

Macam mana cara korang pakai beg? Setuju tak dengan tafsiran personaliti yang dibuat pakar bahasa badan, Kathlyn ni?