7 Sebab Ni Buatkan Korang Rugi Terlepas 'Peluang' Miliki Perodua Aruz! Kenapa Eh?
# Trending Semasa

7 Sebab Ni Buatkan Korang Rugi Terlepas 'Peluang' Miliki Perodua Aruz! Kenapa Eh?

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 15, 2019
pada 12:05 AM

Korang semua mesti teruja kan bila Perodua akhirnya melancarkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang gah lagi canggih semalam! 

Mesti ramai antara korang yang dah pasang angan-angan untuk mendapatkan sebuah kenderaan berciri mewah pada harga yang berpatutan ni! 

Tapi sebelum korang buat keputusan muktamad tu, jom semak dulu apa yang BEST sangat tentang Perodua Aruz ni? 

7 Spesifikasi Mantap & Canggih, Ada Pada Perodua Aruz!

1. Dengan memiliki sebuah Perodua Aruz ni korang bakal menikmati sebuah SUV yang dilengkapi dengan ciri-ciri canggih yang selalunya hanya terdapat dalam kenderaan mewah. Fuhhh! Siapa sangka hari ni produk buatan Malaysia mampu berdiri setanding dan secanggih dengan kereta buatan antarabangsa kan? Kagum sekejap! Malaysia boleh! 

2. Korang juga mampu untuk memiliki SUV ini kerana ia ditawarkan dengan nilai harga terbaik setakat ini & merupakan sebuah kenderaan mampu milik iaitu pada harga RM72,900 bagi varian 1.5 X dan RM77,900 bagi varian 1.5 Advance

3. Selain itu, Perodua Aruz didatangkan dengan tujuh tempat duduk! Sumpah memang memberi keselesaan berimpak maksimum sangat. Terutamanya untuk korang yang mempunyai 'keluarga besar'. Tak gaduh la nak berhimpit macam tin sardin dalam kereta lepas ni.

4. Tambahan pula, Perodua Aruz ini juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada semua varian Aruz termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara. Jadi memang kereta ni tercipta dengan ciri-ci keselamatan yang tinggi.

5. Bagi Aruz Varian Advance pula ia turut tersedia dengan dilengkapi sistem Bantuan Keselamatan Canggih (ASA) 2.0 yang telah dinaik taraf dengan penambahan pengesanan pejalan kaki serta peningkatan kelajuan operasi. Spesifikasi ini bertujuan untuk membantu pemanduan yang selamat. Bukan menghalang dari kemalangan daripada berlaku sepenuhnya.

ASA adalah kamera stereo yang dipasang pada bahagian hadapan kereta bagi mengesan sebarang halangan. Contoh, kalau ada bahaya yang dikesan, seperti orang melintas jalan secara tiba-tiba atau kereta hadapan break secara mengejut. Perodua Aruz akan dapat kesan dan akan secara automatik akan bunyikan Buzzer amaran dan memperlahankan kenderaan korang dengan mengaktifkan brek pra perlanggaran. Ini merupakan penarafan keselamatan lima bintang yang diiktiraf tau! 

6. Perodua Aruz juga  adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) keempat yang dikeluarkan oleh syarikat pelopor industri permotoran di Malaysia di bawah jenama Perodua, disamping memberi kecekapan bahan api terbaik seumpamanya dengan 15.6 kilometer selitar (km/l)

7. Menurut Berita Harian, bonus bermula pada 9 Januari dan semua pelanggan yang membeli insurans motor Perodua Total Protect Plus bukan sahaja akan menikmati Perodua Auto Assist secara PERCUMA tetapi juga penamaan pemandu percuma tanpa had, elaun banjir sehingga RM1,000 serta perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000. Uishhhh.. banyak rupanya manfaat yang korang dapat kalau korang beli kereta Perodua Aruz ni! Jadi berbaloi ke tidak?

Bagi yang mungkin tertanya-tanya, nama "Aruz" diambil dari perkataan "arus". Tempahan telah dibuka bermula pada 3 Januari 2019.