8 'Challenges’ Yang Dah Tarik Nyawa & Cederakan Ramai Orang Selain 'Keke Challenge'
# Trending Semasa

8 'Challenges’ Yang Dah Tarik Nyawa & Cederakan Ramai Orang Selain 'Keke Challenge'

post by sofea

by sofea

Jul 23, 2018
pada 3:15 AM

Dunia internet tak pernah ketandusan idea dengan trend-trend baru, yang pelik, jelek dan gila semua ada! Macam-macam sanggup orang buat untuk mengumpulkan followers. Dah banyak followers boleh buat product review, bila buat product review, duit pun masyuk. Tapi masalahnya kalau benda yang menjadi trend tu dapat membawa kematian, kenapa masih ramai still nak jadi sebahagian daripada geng challenge ni? 

Dalam artikel kali ni, admin senaraikan antara permainan-permainan atau challenge yang gila dan sesetengahnya telah pun meragut nyawa.

1) The Choking Game/ Game Mencekik

Dalam video ini menunjukkan salah seorang mangsa "The Choking Game" yang kini hidup dalam kecacatan (ada juga yang dah mati) setelah otaknya kehilangan oksigen:

2) The Blue Whale Challenge

Dalam banyak-banyak permainan, paling pelik sekali adalah bila game tu secara jelas-jelas menyuruh seseorang mencederakan diri sendiri, dan  The Blue Whale Challenge adalah salah satu darinya. Dalam game ini, pesertanya perlu membuat semua challenge yang disetkan oleh 'administrator' selama 50 hari. Nak tahu apa challenge terakhir dia? BUNUH DIRI. Untuk pengetahuan korang, dah lebih daripada 100 orang remaja yang bunuh diri sebab challenge ni.

Korang boleh tengok short filem tentang game ni:

3) Car Surfing

Tak puas main surfboard, maka wujudlah surfing atas bumbung kereta pula. Memang gila! Untuk game ini, dalam 100 kematian dan kecederaan telah dilaporkan berlaku antara tahun 1990 hingga 2008. Bukti? Korang boleh tonton berita yang disiarkan di ABC News dalam video ni tentang kemalangan meragut nyawa yang dah berlaku sebab challenge ni:

4) Fire Challenge / Cabaran Api

Korang berani tuang alkohol lepas tu hidupkan api kat badan? Inilah dia fire challenge, memang mental! Korang boleh tengok video di bawah ni:

5) The Scratching Game/ ABC Game

Game ini memerlukan pemainnya menggunakan benda yang tajam sama ada kuku, jarum, pensel dan sebagainya untuk melukiskan bentuk ABC pada kulit. Pemain akan buat benda ni dekat kawan dari huruf A sampailah selagi mana pemain lagi satu boleh tahan. Berdasarkan laporan pada tahun 2007, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah mendapat jangkitan pada kecederaan yang disebabkan oleh permainan ni sampai perlu melalui 7 pembedahan!

6) The Knife Challenge

Kalau korang bukan ahli silap mata, jangan follow challenge ni. Benda ni jadi trend sebab orang boleh main sambil nyanyi, ataupun apa yang dorang panggil sebagai "The Knife Game Song," macam dalam video ni:

7) Ice & Salt Challenge

Trend yang bermula dari YouTube ini memerlukan pemainnya meletakkan garam dan ais pada kulit untuk menguji sekuat mana pemainnya mampu menahan sakit. Bunyi macam biasa kan? Ais dengan garam je pun. Tapi korang akan rasa kesakitan yang amat sangat disebabkan oleh kesejukan ekstrem yang dihasilkan oleh tindakbalas antara ais dan garam tu tadi (melepasi paras beku punya sejuk). Kesan dia sama je macam korang kena api, sebab kulit akan terbakar. 

8) Cinnamon Challenge

Cinnamon Challenge adalah sebuah cabaran di mana aksi korang menelan serbuk kulit kayu manis dalam masa 60 saat dirakam. Macam ok je? Tidak sama sekali, sebab kulit kayu manis  ini sebenarnya sangat mengeringkan tekak. Korang akan rasa tekak kering yang amat sangat sampai tersedak, dan kadang-kadang serbuk ni akan menyerang paru-paru yang menyebabkan korang termuntah dan mengalami batuk yang ekstrem. 

Inilah antaranya challenge-challenge gila yang tak patut korang buat dan jangan bagi orang di sekeliling buat. Game-game ni adalah antara cara-cara untuk membunuh diri yang teramatlah tak boleh diterima dek akal. 

Sumber: YouTube


Jom Apply Sebelum Terlambat!

Temuduga Terbuka Watson

>>>Gaji Mencecah RM1,500!<<<

Sila datang ke lokasi Watsons di bawah untuk temuduga segera:

  • Masa : 2.00pm to 5.00pm

  • Tarikh : Isnin - Sabtu

#1 Pembantu Jualan / Pembantu Jualan Senior (M City, Jalan Ampang) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<

#2  Pembantu Pelanggan Dan Pembantu Pelanggan Senior (Main Place USJ 21) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<

#3  Pembantu Pelanggan / Pembantu Pelanggan Senior (Wangsa Walk) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<