8 Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Jumpa Doktor. Mudah & Jimat!
# Gaya Hidup

8 Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Jumpa Doktor. Mudah & Jimat!

post by Aisya

by Aisya

Apr 18, 2018
pada 5:26 AM

Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Bila datang sakit tu, perghh memang tak tertanggunglah, boleh terbantuk semua kerja dan ada je benda yang tak kena.

Ia terjadi apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi lah. Nak ke klinik rasa takut pulak kan? Dan mungkin ada antara korang akan rasa ianya sangat membazir, maklumlah rawatan untuk ke klinik gigi ni agak mahal jugak. 

Korang tak perlu risau sebab sebenarnya ada je beberapa petua untuk hilangkan rasa sakit gigi ni antaranya ialah...

1. Tomato

Belah dua bahagian tomato tersebut dan letak pada bahagian yang korang rasa sakit. Sebaik sahaja rasa sakit tu hilang, korang kumur pula dengan air okay! Percaya tak kalau gigi korang dimakan ulat, dengan sendirinya ulat tu akan keluar tau! 

2. Garam, Air dan Limau Nipis

Belah empat limau nipis dan rebus bersama garam dan air hingga mendidih. Tunggu air tersebut jadi suam dan kemudian kumur. Korang boleh lakukan setiap hari hingga sakit tu berkurangan.

3. Daun Sireh

Korang ambil 15 helai daun sireh tua dan rebus dengan 5-6 gelas air hingga mendidih dan sejukkan dia. Kemudian korang tapis dan kumur dengan air sireh tersebut. 

4. Air Garam

Ambil satu sudu garam dank orang bancuh bersama satu cawan air panas. Kacau hingga larut dan biar ia jadi suam terlebih dahulu sebelum korang kumur dengan air larutan tu. 

5. Lidah Buaya

Ambil sahaja isi lidah buaya dan lumur di tempat yang sakit. Korang tunggu 2-3 jam je sakit akan hilang. 

6. Bawang putih

Hiris bawang putih dan tampal pada gigi yang sakit. Biar je dalam masa 1 jam.

7. Asam jawa

Ambil asam jawa dan goreng selama beberapa minit. Kemudian langkah seterusnya korang perlu bakar sedikit garam dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan itu dan tampal pada gigi korang yang sakit. 

8. Bunga cengkih

Korang gigit 3 bunga cengkih pada gigi yang sakit.  Untuk gigi yang berlubang, korang tumbuk bunga cengkih dan isi dalam gigi yang berlubang. Kemudian tutup pakai kapas okay!