9 Cara Untuk Anda Yang Bergelar Ibu Untuk 'Maintain Work-Life Balance'
# Gaya Hidup

9 Cara Untuk Anda Yang Bergelar Ibu Untuk 'Maintain Work-Life Balance'

post by Izuan

by Izuan

Oct 18, 2017
pada 11:49 AM

Sangat sukar menjadi ibu disamping itu mempertahankan kerjaya korang. Admin faham memang sukar mencari keseimbangan antara keluarga dan kerjaya. Tetapi kalau korang berhenti, takkan nak mengharap dan bergantung kepada suami korang sahaja? Kalau ibu tunggal pula, siapa nak tanggung? Mengharap kepada kebajikan? Senang rasa bersalah itu pasti. Dan waktu kerja juga hilang fokus kerana memikirkan anak-anak di rumah. Sebab itulah ramai pasangan-pasangan membuat perancangan untuk memiliki keluarga. 

Jadi disini admin ingin kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang bekerjaya, jangan bimbang korang masih boleh fokus kepada kerja dan anak-anak korang. Memang adaa sesetengah kanak-kanak ingin bersama ibu mereka setiap masa. Tetapi apa yang patut korang lakukan? Memandangkan anak itu tanggungjawab korang dan suami. Jadi sama-samalah korang berganding bahu untuk menjaga dan sentiasa bertolak ansur :

 

1) Jangan rasa bersalah mengenai kerja.

Bila korang kata serbasalah kerja dengan anak-anak. Mereka akan seperti fikir yang korang ni memang tiada masa untuknya. Sepatutnya korang menunjukkan contohnya baik, seperti kerja bersungguh untuk mereka juga. Baru mereka faham erti kerjaya dan mencari wang.

 

2) Carilah penjaga yang dipercayai.

Memandangkan waktu siang korang tidak bersama anak-anak. Jadi mereka dibesarkan oleh pengasuh. Pada masa kini banyak kes-kes yang pengasuh yang mendera kanak-kanak. Carilah yang dipercayai dan setiap pusat jagaan itu mempunyai unsur pembelajaran. Jadi dapat lah mereka belajar selain itu bermain.

 

3) Sering lah berhubung dengan anak-anak dan guru mereka.

Setiap tahun mestilah ada sesi perjumpaan antara guru dan ibubapa. Jadi seringlah berhubung dengan guru mereka untuk bertanya mengenai prestasi, kelakuan dan apa yang tidak elok mereka lakukan. Kebiasannya pada permulaan tahun sekolah, mereka akan mempunyai masalah untuk bersosial, mungkin kerana malu. Jadi seringlah bertanya dan jadilah kawan kepada anak korang.

 

4) Selalulah ada untuk anak korang, tetapi bukan setiap masa.

Biarkan anak korang belajar berdikari. Benarkan anak korang untuk membuat keputusan sendiri, ambil tanggungjawab dan belajar mengenai kesilapan. Selalu jadi tulang belakang kepada mereka, tetapi bukan buat semuanya untuk mereka. Memangkan hanya waktu malam korang berada di rumah, sebagai contoh, biarkan mereka membuat jadual harian sendiri. Tetapi bab kerja rumah tu korang hanya perlu memerhatikan dan membantu sahaja. Tidak perlu beri 100 peratus jawapan.

 

5) Cadangkan anak join aktiviti sekolah.

Daripada anak korang banyakkan masa dirumah bersama babysitter. Lebih baik biarkan mereka join aktiviti sekolah, tidak kiralah apa sahaja. Janji aktiviti kokurikulom yang berguna dan bersama kawan. Selalulah menyokong nya apa yang mereka minat dan pemantauan terhadap mereka juga penting. Disamping berjumpa kawan baru, dapatlah juga pengalaman baru.

 

6) Bukan ibubapa sahaja mentor mereka. 

Selain ibubapa, kanak-kanak juga terdedah kepada kelakuan orang lain, lagi-lagi orang dewasa. Bagi mereka guru adalah salah satunya mengajar mereka skill, dan mata pelajaran lain. Mereka merasai disayangi oleh nenek mereka. Keraplah pulang ke kampung, biarkan mereka merasai sendiri pengalaman dan persekitaran yang berbeza. Selain itu lari dari kesibukan bandar.

 

7) Keraplah pulang awal.

Walaupun waktu tengahari korang tidak dapat pulang makan. Tetapi sekurang-kurangnya waktu makan malam dijadikan sebagai rutin keluarga. Walaupun tidak dapat lakukan hari-hari, yelah admin faham mungkin korang penat nak masak selepas pulang kerja. Tetapi sekurang-kurang seminggu 3 kali pun dah okey. Sering lah bertanya harian mereka, apa yang anak korang lakukan, ia bukan mengenai makanan semata, tetapi hubungan antara korang.

 

8) Bercuti.

Bercuti atau melancong adalah aktiviti yang digemari oleh anak-anak. Kebiasaanya para keluarga akan memilih hujung tahun sebagai tarikh bercuti kerana waktu itu anak korang pun sedang bercuti sekolah. Tak kiralah dimana dan budget berapa. Yang penting korang buat apa sahaja untuk memberi ganjaran kepada mereka. Bukan bermaksud ingin memanjakan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya ciptalah satu memori.

 

9) Berseronoklah selagi boleh.

Jika memang mampu lakukan. Berseronoklah dan hargailah setiap masa. Kerana mereka cepat membesar. Sekelip mata sahaja mereka sudah melangkah ke alam dewasa. Buatlah mereke masih ada tempat dirumah korang. Kenangan dan pengalaman itu datang dengan pelbagai cara, tak kiralah aktiviti mengemas rumah, masak bersama, ataupun membelanja barangan rumah. Hargailah mereka sampai bila-bila.

Siapa tak nak anak kan? Bagi ibubapa mereka adalah satu hadiah paling berharga. Kenapa perlu sia-siakan waktu mereka kecil dengan pengalaman yang tak best? Jangan bimbang, walaupun korang sangat sibuk dengan kerjaya. Korang masih mampu untuk menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Buatlah mereka faham mengapa korang bekerja.